Monday, November 17, 2014

Keperluan Supplemen Shaklee untuk Ibu Mengandung.

Assalamualaikum,

Hari ini perkongsian saya mengenai supplemen Shaklee untuk ibu-ibu yang mengandung. Seperti yang kita ketahui, bila kita disahkan mengandung, kita perlulah menjaga diet harian kita. Makan makanan yang berkhasiat yang bagus untuk kita dan bayi. Tetapi adakah dengan makanan seharian kita, khasiatnya mencukupi?. Jadi, saya ingin kongsikan serba sedikit mengenai supplemen Shaklee yang bagus dan sesuai untuk ibu mengandung, untuk menampung kekurangan nutrien-nutrien yang diperlukan semasa kita mengandung.


B-Complex dengan Asid Folik.

B-Complex dilengkapi dengan 8 komponen penting antaranya ialah Asid Folik. Asid Folik sangat penting untuk ibu mengandung. Pengambilan Asid Folik yang disyorkan untuk ibu mengandung adalah sebanyak 600-800mg sehari. Asid Folik yang mencukupi akan mengurangkan risiko kecacatan saraf, masalah bibir dan lelangit pecah, kecacatan jantung dan dan risiko bayi pra-matang. B-Complex membantu mengurangkan pening-pening dan mabuk orang mengandung


Vita-lea.

Vita-lea adalah mutivitamin lengkap. Ia diperkaya dengan sumber zat besi yang cukup untuk ibu mengandung. Zat besi berfungsi dalam mengangkut oksigen dari paru-paru ke tisu dan membentuk hemoglobin darah yang akan memastikan bacaan HB anda sentiasa berada diparas yang baik. HB yang rendah mendatangkan bahaya kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan. Selain itu Vita-lea bertindak sebagai pelengkap nutrisi dan menyokong kesihatan keseluruhannya.



Energizing Soy Protein(ESP).

Protein membekalkan kita tenaga. Bila kita mengandung badan kita akan cepat letih dan lesu. Jadi protein yang mencukupi akan mengurangkan rasa letih dan lesu itu. Di Shaklee, kami ada ESP yang sesuai untuk semua. 1 hidangan ESP bersamaan dengan 14g protein, 8g karbohidrat dan 500mg kalsium. Jadi, Ibu-ibu mengandung boleh mengambil ESP untuk melengkapkan diet harian anda. 


Omega Guard.

Omega guard membantu tumbesaran, perkembangan otak janin dan perkembangan memori. DHA adalah nutrien untuk otak, sistem saraf dan retina. Omega Guard membekalkan 330mg asid lemak omega 3, 180mg EPA dan 120mg DHA. Omega juga membantu menstabilkan berat badan anda. Selain itu Omega guard juga dapat mengawal kesihatan jantung ibu-ibu yang mengandung. Omega guard Shaklee dihasilkan daripada minyak ikan tulen. Ibu mengandung haruslah memastikan minyak ikan pilihan  anda bukanlah dari minyak hati ikan tetapi dari minyak ikan yang sebenar.



Ostematrix.

Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium. Kalsium berfungsi menguatkan tulang, menghalang osteoporosis dan merangsang pemekatan darah. Pengambilan 600mg sebelum tidur mengurangkan kebas-kebas dan kekejangan dan menjadikan tidur ibu mengandung lebih lena. Ia juga berfungsi mengurangkan stress. Magnesium membantu pegecutan otot dan saraf. Ianya memudahkan pembuangan air besar kepada ibu mengandung yang sembelit dan membantu memudahkan proses bersalin nanti.


Vitamin C.

Vitamin C adalah anti-oksidaan yang berkuasa. Ia membina sel darah merah dan membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik. Vitamin C juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman dan menguatkan sistem imunisasi ibu mengandung. Vitamin C dapat mengurangkan simptom flu dan selesama semasa mengandung. Elakkan pengambilan antibiotik dan ubat tahan sakit semasa proses kehamilan. Ambillah vitamin C untuk kesan yang baik pada masa akan datang.


Pengambilan supplemen semasa mengandung amatlah digalakkan untuk memastikan zat-zat nutrien mencukupi untuk ibu mengandung dan bayi yang dikandungkan.Thank you for reading.



Thursday, November 13, 2014

Resepi Puding Karamel Gula Hangus

Bahan-bahan.

1) 3 biji telur
2) Setengah tin susu pekat
3) 1 sudu makan tepung jagung
4) 1 sudu makan tepung kastard
5) 1 cawan air
6) Sedikit esen vanila

Gula hangus.

1) 3 sudu makan gula
2) 3 sudu makan air

Cara-cara.


  • Masukkan gula dan air dan masak sehingga pekat, berkilat dan bertukar menjadi gula hangus.
  • Selepas gula hangus masak, cepat-cepat masukkan kedalam loyang 12inci. Sapu rata.
  • Pukul telur sehingga sebati. Masukkan susu pekat, esen vanila, tepung jagung dan tepung kastard. Pukul sebati. Masukkan air dan kacau sebati.
  • Masukkan adunan kedalam loyang berisi gula hangus.
  • Panaskan periuk kukusan, selepas dah mendidih air baru masukkan.
  • Masak dengan api yang sederhana selama 45minit - 1 jam.
  • Keluarkan dari tempat mengukus. Sejukkan pada suhu bilik selama lebih kurang 30minit dan keatas.
  • Masukkan dalam peti sejuk.
  • Bila nak makan, masukkan dalam pinggan hidangan.

Selamat mencuba Resepi Puding Karamel Gula Hangus.



Sunday, November 9, 2014

Shaklee Contest Winner

Assalamualaikum. Sebenarnya pengumuman pemenang Shaklee Cares Contest untuk minggu pertama ni adalah semalam. Soalan dia simple dan mudah je, komen mengapa kita cintakan Shaklee di wall Shaklee dan kita mungkin akan terpilih sebagai pemenang.

Jadi jom kawan-kawan, like page Shaklee Malaysia, cari post mengenai Shaklee Cares Contest dan tulis komen  mengapa anda cintakan Shaklee. Tulis biar dari hati, ayat takpa skema sikit yang penting menarik. Tarikh tutup contest ni 30 November dan setiap minggu Shaklee akan memilih pemenang yang bertuah.




Alhamdulillah saya terpilih sebagai salah seorang pemenang. Terima kasih Shaklee Malaysia. Tahniah kepada semua pemenang.


Friday, November 7, 2014

Tips-Tips Menguruskan Perut Untuk Para Isteri

Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan kongsikan serba sedikit tips-tips menguruskan perut yang saya tahu. Kita orang perempuan mesti nak dapatkan perut yang kurus dan slim kan. Perut yg slim dan cantik meningkatkan keyakinan kita. Bagi perempuan yang sudah berkahwin, kita lagilah nak menjaga kecantikan perut kita apatah lagi selepas melalui proses kehamilan dan bersalin. Ye tak?. Jadi jom kita jengah apa dia tips-tips menguruskan perut yang saya nak kongsikan.

TIPS-TIPS MENGURUSKAN PERUT.

1) Buat Sit-up.

Waktu saya menjalani latihan khidmat negara pada 2007 dulu, saya diperkenalkan dengan senaman sit-up ni. Memang sebelum ni saya dah tahu cuma tidak pernah buat dan praktikkan. Jadi bagi anda yang nak perut cantik, rajin-rajin lah buat sit-up. Boleh pelbagaikan sesi. Pagi, petang dan malam. Dan buatlah sebanyak yang kita mampu. Untuk permulaan boleh start dengan 5-10 kali setiap sesi.




2) Jangan minum air sejurus selepas makan.

Cara ini sangat mudah dilakukan bila kita disiplinkan diri. Memang saya akui, pada mulanya agak payah kerana meminum air selepas makan telah sebati dengan diri kita. Kalau boleh amalkan minum air kosong 30 minit dan keatas selepas pengambilan makanan berat. 



3) Bermain hula hoop.

Dulu waktu zaman kanak-kanak, kita mesti suka bermain hula hoop kan. Tapi kenapa setelah kita dewasa kita tidak bermain hula hoop lagi?. Bermain hula hoop akan membentuk pinggang yang ramping dan seterusnya perut yang slim dan cantik.




4) Gunakan krim bakar lemak.

Saya memilih memakai body perfector shaklee, dan sekarang saya menggunakan krim panas dari dunia herbs. Krim ni bertindak dengan membakar lemak-lemak yang ada diperut  kita. Mungkin badan kita kurus tapi perut kita?. Hehe. Hanya kita mengetahuinya.




Bagi saya, perut yang slim dan cantik akan meningkatkan keyakinan diri saya. Lagi-lagi selepas saya bersuami. Kesihatan dan kecantikan kita bermula dari dalam. Jadi apa kata kita luangkan sedikit masa untuk melakukan tips-tips ini. Kita semua mampu mengubahnya. Selamat mencuba kawan-kawan.

Sunday, November 2, 2014

Resepi Jagung Manis

Assalamualaikum. Siapa di sini suka jagung manis?, hehe. Saya suka makan jagung manis tapi tak pernah terfikir nak buat sendiri. Jadi bila encik suami beli jagung, dah buat cekodok jagung tiba-tiba datang idea nak cuba buat jagung manis. Resepinya sangat mudah, sesiapa pun boleh buat. Anyone can cook. Sesiapa yang teringin nak buat, boleh la cuba resepi ni.


RESEPI JAGUNG MANIS CUP.

  • Jagung
  • Majerin
  • Susu pekat
  • Gula
  • Garam

Cara-cara.

  1. Leraikan isi jagung satu persatu, kukus seempuk yang boleh.
  2. Letakkan dalam bekas, masukkan majerin, susu pekat, gula dan garam secukup rasa.
  3. Gaul kesemuanya.
  4. Masukkan dalam cup dan siap.



SMS/whatsapp saya 0145127816 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee. Hehe

Thursday, October 23, 2014

Aku dan Jus Avocado

Assalamualaikum. Entry ni pasal minuman kegemaran saya. Dulu zaman bujang selalu la pi Pantai Tanjung Aru layan jus ni, tak pernah pilih pun jus lain. Dan sekarang setiap kali balik Sabah mesti layan jus ni, hidup saya macam tak lengkap tanpa meminum jus ni. Di semenanjung saya tak pernah jumpa jus ni dijual di mana-mana restoren ataupun warung. Dan buah avocado pun saya tak pernah jumpa di semenanjung. Jadi balik Kulim nanti saya ingat nak tapaw banyak-banyak ni buah bawak balik sana. Haha. 




Resepi Avocado yogurt Meal Shakes

Buah avocado secukupnya
Yogurt asli
2 sudu besar Meal Shakes
Air dan ais secukupnya

*Blender semua sekali dan tadaaa siappp! NYUM NYUM!

Friday, October 17, 2014

Resepi Cheesekut Kopi

BAHAN-BAHAN.

Creamcheese Tatura 250gm
Susu Pekat Manis 1/2 tin
Biskut Hup Seng Deluxe
Susu dutch lady Full cream/low fat
Sedikit kopi

CARA-CARA.

1) Pukul creamcheese sehingga kembang. Anggaran 3-5 minit. Boleh pakai mixer ataupun blender.
2) Masukkan susu pekat manis 1/2 tin. Pukul lagi. 
3) Masukkan susu dutch lady full cream/low fat dalam anggaran 2-3 sudu supaya adunan tidak terlalu pekat. Pukul lagi.
4) Celup biskut hup seng di dalam susu full cream/low fat dutch lady dalam sesaat dan susun di dalam bekas. Susunan ikut kreativiti anda, nak bagi rapat atau jarak-jarak
5) Tuang adunan creamcheese tadi ke dalam bekas yg berisi biskut. Ulang step 4 dan 5.
6) Layer paling atas tuang adunan creamcheese setebal yg anda mahu. Taburkan kopi. Boleh juga tabur milo/horlick/vico/nestum. Ikut citarasa masing-masing. 
7) Simpan dalam fridge semalaman. 


Cheesekut Kopi


SELAMAT MENCUBA RESEPI CHEESEKUT.
 SIMPLE DAN SEDAP.

Monday, October 13, 2014

Kolestrol dan Jenis-Jenisnya

Apa itu kolestrol?

Kolesterol ialah satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat dalam darah dan disetiap sel di dalam badan kita. la penting untuk kesihatan kerana ianya  diperlukan oleh badan untuk membuat tisu dan hormon yang tertentu. Bagaimanapun, sekiranya paras kolesterol dalam darah anda terlalu tinggi kemungkinan anda menghadapi risiko penyakit Jantung.




Jenis-jenis Kolestrol.

Umumnya terdapat 3 jenis kolestrol yg terdapat didalam badan kita.

1. Low density lipoprotein(LDL).

Kolesterol LDL yang berlebihan akan menambahkan kolesterol dalam arteri anda dan kemungkinan menyebabkan penyakit jantung. Lebih tinggi paras LDL, lebih tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Inilah sebab kenapa kolesterol LDL sering kali dipanggil 'kolesterol Jahat'.

2. High density lipoprotein(HDL).

Kolesterol HDL juga dipanggil sebagai 'kolesterol baik' kerana ia dipercayai menghapuskan kolesterol yang berlebihan daripada darah. Paras HDL yang tinggi akan melindungi seseorang dari penyakit Jantung dan dapat mengurangkan risiko penyakit Jantung.

3. Trigliserida.

Trigliserida ialah satu lagi jenis lemak di dalam aliran darah. Seseorang yang mempunyai paras trigliserida dalam darah yang tinggi berkemungkinan juga mempunyai aras LDL yang tinggi atau paras HDL yang sangat rendah.




Cadangan Pengambilan Kolestrol.

Menurut Persatuan Jantung Amerika, purata pengambilan kolestrol dalam satu hari adalah sebanyak 300mg sahaja. Tetapi apabila anda didiagnos menghadapi penyakit jantung, pengambilan kolestrol seharian anda adalah sebanyak 200mg sahaja. Jadi jom kita semak pengambilan kolestrol kita sehari-sehari. Saya percaya banyak yg terlebih-lebih pengambilan kolestrol ni. Maklumlah makan sedap setiap hari sampai terlupa nak menjaga kesihatan diri. 


Jom sama-sama jaga badan kita, ambil tahu setiap makanan yang kita jamah. Tidak rugi untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Dapatkan perlindungan dari Great Eastern Takaful sekarang untuk memudahkan anda mendapat rawatan terbaik di hospital-hospital swasta jika terkena penyakit nanti.
Atiqah,
011-3523 0709,
Great Eastern Takaful Advisor. 




Wednesday, October 8, 2014

Cerita Balik Kampung Sempena Raya Korban 1435H

Raya Korban hari tu balik kampung suami. Kampung Tanjung Piring, Nami, Sik. Satu kemestian dah seperti perkara wajib, balik kampung kami mesti mandi sungai. Bawak Umar mandi sungai. Pelampung dia rupanya dah bocor patut pam tak masuk angin. Umar sentiasa seronok dan excited tgok air. Mandi sampai terketar-ketar. Hari tu bawak pi Pantai Batu Feringghi tapi cuaca tak mengizinkan, umar pulak tertidur. Ibu dan bapak dapat mandi 10 minit je lepas tu hujan turun dengan lebatnya. Tak puas langsung mandi. 





Seronok sangat tgok Umar gembira main air. Bapak pulak dah janji nak pastikan adik jadi perenang yg hebat. Ibu percaya sebab bapak pon perenang yang hebat. Kalo tak takkan bapak penah menang acara renang dalam navy dlu. Hehe. Balik Kk nanti kita jadi penghuni tetap pulau pulak. Berenang sampai kejang kaki. Saya sangat suka laut, suka berenang. Mungkin darah Bajau laut dalam diri saya terlalu kuat. Kalo boleh nak hidup dalam bot je. Haha. Mungkin satu hari nanti.

Raya Korban 1435H

Assalamualaikum. Rasanya masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Hari Raya Korban 1435H untuk semua. Tahun ni beraya dekat Nami, Sik, Kedah, seperti raya-raya sebelum ni. In Sha Allah tahun depan raya dekat Kota kinabalu plak. Sejauh manakah penghayatan kita terhadap hari raya korban, adakah kita mengetahui sejarah disebalik hari raya korban yg tiap-tiap tahun kita sambut?. Sebagai seorang muslim kita wajib menghayati dan mendalami ibadah korban itu sendiri.


 Selamat menyambut Hari Raya korban 1435H dari kami Fiesol & Atiqah.



  Jom kita ziarah kaum keluarga dan rakan-rakan

Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari hari raya korban. Dan semoga kita praktikkan dalam kehidupan kita, bukan pada waktu hari raya korban sahaja tetapi hari-hari lain jugak. Jadilah muslim yg cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga Allah redha dengan kita.

SMS/whatsapp saya, 014 5127816 untuk dapatkan produk Shaklee. Set untuk bakar dan buang lemak akibat makan lemak dan daging lembu korban yang berlebihan pon ada. Dapatkan sekarang, harga murah nilai berganda!

Thursday, October 2, 2014

COMEBACK

Hai semua. Assalamualaikum. Lamanya tak update blog, bersawang teruk dah. Kalau kita tinggalkan rumah dalam beberapa hari, pasti dipenuhi habuk dan sawang kan. Dengan tahi cicak dan tikus merata-rata. Analoginya sebegitu, blog sya perlu dibersihkan. Sawang dan habuk perlu dibuang, kuman perlu dibasmi seboleh mungkin. Ok, berbalik kepada tajuk post ni, Comeback. Sya kembali blogging selepas 2tahun 3bln. Hebat ya tuan-tuan. Satu jangka yg agak panjang jugak tu. Inilah wajah-wajah tersayang yg baru dlm hidup sya setelah bergelar isteri pada 
7 September 2012 yg lalu.


My significant other


Our passion



My juicy little mango

Semoga kisah kita sentiasa terlakar indah. Biarpon ombak dan badai sentiasa ada dihadapan. Kita yg mencorakkan kisah kita, Allah yg menentukan. Pasakkan keyakinan dan ketaqwaan kepadaNYA. 
In Sha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...