Monday, January 12, 2015

Resepi Snow Cheese Cake

Hai kawan-kawan,

Hari ni saya buat snow cheese cake. Alasannya sebab dah lama tak buat, dan lagi saya memang hantu kek, lagi-lagi kek keju ni. Hehe. Jom kita tengok resepi snow cheese cake ni.


Mudahkan resepi dia. Sediakan bahan-bahan, masukkan semua dalam mixer dan putar sederhana, masukkan mentega, bakar dan letakkan topping. Tadaa siap!. Jika anda penggemar kek keju, anda mesti suka kek ini. Jadi apalagi, mulakan membuat kek anda dengan resepi mudah ini. Selamat mencuba!

Sunday, January 11, 2015

Tips-Tips Menghadapi Proses Kehamilan.

Assalamualaikum. Hari ini izinkan saya berkongsi Tips-tips menghadapi proses kehamilan. Bagi yang sudah pernah mengandung, kemungkinan tips-tips ini bukanlah suatu perkara yang besar tetapi kepada yang pertama kali mengandung, tips-tips ini mungkin sesuatu yang baru yang dapat membantu anda sepanjang proses kehamilan. Jadi, jom kita terjah tips-tips yang saya kongsikan ini.

Tips 1 : Dekatkan diri dengan pencipta.

Bila kita mengandung, sebaiknya kita berubah menjadi lebih baik lagi. Bersyukur kerana kita terpilih untuk mengandungkan zuriat sendiri. Kalau sebelum ni kita selalu buat amalan biasa-biasa sahaja, bila mengandung ni kita berubah menjadi luar biasa. Diharapkan perubahan kita akan berterusan bukan semasa mengandung sahaja. Amalan wajib kita perbaiki, amalan sunat kita perbanyakkan. Solat diawal waktu, lakukan solat-solat sunat, banyakkan berdoa, banyakkan mengaji dan fahami maknanya, berbuat baik dengan orang lain, banyakkan istighfar dan selawat keatas nabi dan murahkan senyuman. Bila hati kita dekat denganNYA, mudahlah kita mengawal emosi semasa mengandung.


Tips 2 : Pastikan keperluan nutrien seharian anda mencukupi.

Apabila kita mengandung, keperluan nutrien kita bukan sahaja untuk kita tetapi kita akan salurkan kepada bayi yang kita kandungkan juga. Sebelum ini kita makan untuk diri sendiri dan mungkin kita ambil remeh tentang soal nutrien, makan ikut sedap dan selera kita sahaja. Tapi bila mengandung, kita perlu makan untuk orang lain dan keperluan nutrien itu bertambah. Jadi bagi yang baru hendak bergelar ibu, sila pastikan nutrien anda mencukupi. Pastikan anda mendapat nutrien yang seimbang yang bagus untuk anda dan bayi anda. Anda boleh mencuba supplemen Shaklee yang berasakan bahan natural dan semulajadi. Klik sini


Tips 3 : Uji minda dengan bermain permainan yang melibatkan critical thinking.

Banyakkan bermain permainan yang mencabar minda dan melatih minda kita untuk berfikir. Anda juga boleh membuat latihan yang melibatkan pengiraan ataupun menjawab soalan-soalan matematik, tidak kira la soalan yang mudah atau susah, yang penting dapat menggalakkan minda anda berfikir. Antara permainan yang boleh mencabar minda antaranya sudoku, teka silang kata, mencari ayat, mencari benda tersembunyi dan banyak lagi.


Tips 4 : Menggunakan krim atau minyak yang bersesuaian untuk mengelakkan stretch mark.

Penggunaan krim atau minyak yang sesuai adalah untuk mengelakkan stretch mark sepanjang proses kehamilan. Stretch mark biasanya akan timbul di bahagian perut, punggung dan kawasan peha. Stretch mark akan muncul semasa proses kehamilan dan selepas proses melahirkan anak. Jadi, ibu-ibu bolehlah sapu krim atau minyak di kawasan-kawasan tersebut. Antara produk-produk yang boleh mengurang dan mengelakkan stretch mark adalah minyak TYT, krim cocoa butter, minyak bio-oil dan banyak lagi.


Tips 5 : Banyakkan bersenam ketika mengandung.

Antara aktiviti senaman yang kita boleh lakukan adalah berjalan, berenang, yoga dan regangan, menari yang tidak keterlaluan, aerobik berimpak rendah, senaman kagel dan banyak lagi. Senaman-senaman ini membantu memperkukuhkan otot-otot serta memberi kekuatan dan ketahanan dalam mempersiapkan diri menghadapi proses bersalin kelak. Disamping itu, ianya membantu kita kembali ke bentuk badan yang asal.


Terima kasih sudi membaca entri saya. Jika anda mempunyai sebarang pandangan dan pengalaman, bolehlah kongsikan dengan saya.

Sunday, January 4, 2015

Resepi Choco Jar

Assalamualaikum,

Hari ini Saya ingin berkongsi resepi choco jar yang agak femes. Sangat simple. Semudah 1 2 3. Banyak org review sedap pakai coklat milk compound Beryl's.

Jom godek-godek, kot-kot la teringin nak buat. Boleh tanya jika tak jelas. Saya juga seperti anda, banyak lagi benda mau belajar kan.

Saturday, January 3, 2015

Hello 2015



Assalamualaikum semua. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca.

Dengan pertambahan tahun, maka bertambahlah juga usia kita. Walhal, setiap detik pun usia kita meningkat. Tapi biasalah manusia akan sering terleka dan terlena disaat waktu sedang berputar.

Jadi, apakata kita setting balik niat dan tujuan untuk kita meneruskan kehidupan. Gali balik apa, mengapa dan bagaimana. Sekarang ni lah masa paling sesuai until kita get back on the track.

OK lah, jom kita berfikir dan muhasabah tentang diri masing-masing. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...