Friday, August 4, 2017

Campak Belakang Jalan-Jalan Simpang Mengayau, Desa Dairy Farm Dan Rumah Terbalik Tamparuli 2.

Hai. Sambung entri sebelum ni, Klik sini

Kami sampai pekan Kundasang sekitar jam 10 malam. Sampai-sampai je terus melilau cari tempat penginapan. Cari punya cari akhirnya jumpa homestay yang sesuai dengan bajet pada masa tu. Kundasang Rosewood Home Cottage dekat jalan Mesilau, berhadapan dengan Klinik Kesihatan Kundasang. Lepas check in cepat-cepat bawak masuk barang. Sejuk betul cuaca dekat luar. Dalam homestay memang tiada diletakkan penghawa dingin, kipas angin pun tiada. Masing-masing tarik selimut kesejukan sebab sweater tak bawak kan.


Bangun pagi benda pertama yang terdetik adalah Gunung Kinabalu. Tengok dekat tingkap bilik dah nampak Gunung Kinabalu tersegam indah diawal pagi. Selepas semua mandi dan bersiap kami bergerak untuk sarapan pagi. Lepastu bawak anak-anak pergi Desa Dairy Farm. Harga tiket masuk untuk dewasa RM5. Kanak-kanak 12 tahun kebawah free rasanya. Awal pagi memang sesuai pergi ke Desa Dairy Farm. Nak ambil gambar berlatarkan Gunung Kinabalu pun cantik, belum dilitupi awan lagi. Tengahari keatas memang tak dapat la view Gunung Kinabalu yang lawa-lawa. Nanti ambil gambar nampak awan dan kabus tebal je. So guys kalau nak ambil gambar lawa-lawa pergi sini pagi-pagi lagi.


Kami ke Desa Dairy Farm dengan tujuan nak beli aiskrim yogurt je, selain ambil gambar lawa. Hehe. Gelato dia memang terbaik. Saya suka yang perisa vanilla. Susu fresh perasa coklat dan coffee pon sedap. Harga lebih kurang je dengan harga di tempat lain. Selain tu ada jual yogurt plain dan berperasa semua berasaskan susu lembu yang diternak disitu.


Selepas tu kami check out bilik. Bergerak balik ke Kota Kinabalu. Dia ajak pergi Air Terjun Kepungit tapi kena patah balik pergi Ranau pula. So memang tak jadi la pergi. Lepastu ajak dia pergi Rumah Terbalik Tamparuli sebab tak pernah pergi juga. Sampai sana lebih kurang pukul 11.45 pagi. Tiket masuk agak mahal jugak RM10 untuk dewasa, kanak-kanak saya kurang pasti sebab Umar dan Farha tak kena bayar. Tak best pun Rumah Terbalik Tamparuli, tak boleh ambil gambar dalam rumah, boleh tengok-tengok saja. Bergambar boleh dekat kawasan luar rumah. Review saya idea rumah terbalik ok dah cuma bila buat syarat tak boleh ambil gambar yang jadi kurang menarik. Korang boleh google rumah terbalik di Malaysia. Rata-rata semua boleh bergambar dalam rumah. Siap ada yang buat photoshoot pengantin dekat sana. Ini cuma pandangan saya sahaja.


Selesai di Rumah Terbalik Tamparuli, kami cepat-cepat keluar cari makan tengahari. Takut jammed. Dari Tamparuli kami pergi Sepanggar. Agak jauh jugaklah. Dia bawa makan di Warung Pokdi Kelate. Makanan boleh tahan sedap dan ramai orang. Lepastu dia tanya lagi nak pergi mana-mana lagi tak. Semua saya tolak sebab penat sangat, nak balik tidur, terbayang tilam je ni. Kami pun bergerak balik dalam traffik yang agak slow petang tu. Kami sampai rumah sekitar jam 4.30 petang setelah lebih 24 jam berjalan merata.

Sekian.

Terima kasih sudi baca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...