Apa Itu Takaful

Takaful mengikut tafsiran syarak adalah pakatan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. Konsep ini bertujuan menggalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan masyarakat selari dengan konsep taawun (kerjasama).

Istilah Takaful yang digunakan dalam perniagaan adalah konteks insurans yang dijalankan secara Islam. Ia merupakan satu perjanjian antara sekumpulan peserta untuk saling menjamin antara satu sama lain apabila berlakunya musibah atau kerugian tertentu.

Takaful yang ingin saya kongsikan di sini adalah Takaful berbentuk perniagaan. Sebuah syarikat menjalankan satu bentuk perniagaan yang bertujuan untuk memberikan jaminan yang berlandaskan Syara, iaitu terhindar daripada unsur-unsur yang tidak sepatutnya ada dalam sistem islam iaitu Riba(bunga), Maisir(judi) dan Gharar(ketidakpastian). Untuk memastikan perniagaan ini tidak terlibat dengan unsur-unsur tersebut, pemilik syarikat takaful menggantikannya dengan konsep Tabarru'(derma) dan operasinya menggunakan dua konsep muamalah Islam iaitu konsep Mudharabah dan Wakalah.

Tabarru' merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru' maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar, maisir dan riba.

Atiqah,
011-3523 0709,
Perunding Takaful Great Eastern.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...