Wednesday, February 11, 2015

Mudahnya Bercuti di Langkawi dengan Bajet yang Terhad.

Assalamualaikum,

Sebenarnya usul percutian ke Langkawi sudah lama diketengahkan. Cuma kami mencari masa-masa yang sesuai untuk dilaksanakan. Bulan Disember haritu tak begitu sesuai sebab masa tu adalah cuti panjang, jadi potensi ibu bapa membawa anak-anak bercuti adalah amat tinggi. Dan lagi kami dah balik bercuti selama sebulan di Kota Kinabalu bulan Oktober sebelum tu.

Jadi, bulan lepas kami decide nak pergi Langkawi. Kami dah habis google tips-tips percutian bajet ke Langkawi yang orang lain pernah buat. Pendek kata, minyak kereta, tambang feri, makanan dan minuman, penginapan dan aktiviti yang akan dilakukan semua dah difikirkan dan dibuat kira-kira.

Pagi tu kami terlambat sedikit dari jadual. Perjalanan dari Kulim, naik lebuhraya, turun pi Alor Setar dan terus ke Kuala Perlis. Sampai-sampai terus beli tiket feri pukul 12. Kereta kami tinggalkan dekat sepupu, minta dia tolong jagakan. Pukul 12.15 macamtu baru feri bergerak. Rasa seronok dapat tengok dan bau air laut. Fuhh, saya memang orang bajau laut. 

Air laut yang sentiasa menggoda

Sampai langkawi dalam pukul 1.20 cmtu. Kami turun feri di Jeti Kuah. Di situ kami ambil skuter dengan kadar bayaran rm30/hari. Sewa dua hari + deposit rm110. Abang sewa skuter tu bagi kami peta penuh Pulau Langkawi. Peta dekat bawah ni memang siap-siap save dalam fon sebelum bercuti lagi. Lol.

Peta Pulau Langkawi

Siap ambil skuter kami bergerak terus ke Pantai Cenang. Agak jauh jugak la naik skuter. Nasib baek kami siap bawak topi dan cermin mata masing-masing. Lagipun kami backpackers. Menyewa skuter adalah pilihan terbaik untuk kami, lagipun takkan nak sia-siakan view yang menarik dengan menaiki kereta?. Hihi. Disitu kami dah save banyak.

Di Pantai Cenang, kami terus ke Amzar Hotel. Rupa-rupanya chalet murah dengan harga rm35 dan rm45 dah penuh. Untuk pengetahuan semua, chalet ini tidak boleh book, kena walk in. Kalo ada kira nasiblah. Penat mencari, kami berhenti lunch dulu. Lepas tu, kami sambung mencari bilik/chalet yang bersesuaian dengan bajet kami. Rata-rata rm100/hari keatas, lagipun hari tu hari ahad. Masih ramai lagi pelancong.

Akhirnya kami jumpa bilik di Amani Guest House, mulanya dia bagi bilik rm75. Tanya punya tanya rupanya ada bilik rm40 tapi tengah dibersihkan. Kami kata takpa, kami boleh tunggu. Lepastu kami keluar ronda-ronda sekitar Pantai Cenang sambil cuci mata tengok laut dan ragam manusia yang pelbagai bangsa.

....bersambung...

Tuesday, February 3, 2015

Rayuan Bagi Lesen Memandu yang Tamat Tempoh

Hai semua.

Saya tak pernah terfikir saya kena ambil lesen memandu sekali lagi. Ibarat mimpi buruk di siang hari ni. Pengalaman saya mengambil lesen memandu bukan sekali tapi berkali-kali. Bila dah dapat lesen P terlupa nak renew pla, kena buat rayuan ni baru boleh proceed dgn hal lain. Siapa yang pernah mengalami macam saya?

Kalau saya nak cerita pengalaman mengambil lesen memandu kereta dan motor satu persatu sampai habis entri belum tentu habis. Haha faham tak?. Lagipun malas nak mengingat benda yang selalu fail ni, tak best.


Walaupun tak perlu pergi kelas dan semua-semua tu tapi still kena repeat semua ujian. Ujian di litar dan di jalan raya, untuk kereta dan motor. Banyak tu, doakan saya ada keberanian nak ambil lesen ni semula. Baru je buat wishlist nak ambil lesen B full ni, kena settle yang ni dulu. Ya Allah, permudahkan urusan hambamu ini. In sha Allah.

Sunday, February 1, 2015

Assalamualaikum Februari

Hai semua.

Bulan Februari sangat bermakna pada saya. Kerana apa?, kerana bulan februari ni adalah bulan kelahiran encik suami. Selamat hari lahir suamiku, Mohd Fiesol bin Alias. Terima kasih kerana menjadi suami yang hebat untuk saya dan ayah yang hebat untuk Umar.

Dan bulan februari kali ini lagi istimewa kerana encik suami dapat tawaran kerja baru. Rasanya dah lama sangat kami memburu kerja yang berbaloi dan setimpal dengan kami. Alhamdulillah.

Suatu masa dulu

Semoga bulan februari kali ini memberikan pengalaman dan kenangan baru untuk kita semua. Dan semoga dengan bertambah umur kita, bertambah jugak amal kita. In sha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...