Wednesday, June 24, 2026

Math Champ : Belajar Matematik Dengan Cara Yang Lebih Menyeronokkan

 
Ramai ibu bapa menghadapi cabaran apabila anak kurang berminat untuk belajar matematik. Ada yang cepat bosan, mudah hilang fokus dan menganggap matematik sebagai subjek yang sukar. Namun, dengan pendekatan yang lebih interaktif dan menyeronokkan, pembelajaran matematik boleh menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh anak-anak.
 
Math Champ merupakan aplikasi pembelajaran matematik yang direka menggunakan konsep fun learning. Melalui aktiviti interaktif dan cabaran yang menarik, anak-anak dapat belajar matematik sambil bermain tanpa merasa tertekan.
 
Aplikasi ini membantu anak mengukuhkan kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi dengan cara yang lebih mudah difahami. Apabila pembelajaran menjadi menyeronokkan, anak akan lebih bermotivasi untuk terus berlatih dan meningkatkan kemahiran mereka.
 
Selain itu, Math Champ juga sesuai digunakan sebagai aktiviti pembelajaran tambahan di rumah. Ibu bapa boleh memanfaatkan aplikasi ini untuk membantu anak mengisi masa dengan aktiviti yang bermanfaat sambil mengukuhkan pemahaman matematik mereka.
 
Pembelajaran tidak semestinya perlu membosankan. Dengan Math Champ, anak-anak boleh belajar matematik dalam suasana yang lebih santai, menyeronokkan dan penuh keyakinan.

Jadikan matematik lebih mudah dan menyeronokkan bersama Math Champ. Cuba sekarang dan lihat bagaimana anak anda boleh belajar dengan lebih yakin! Cuba Sekarang



Wednesday, June 17, 2026

Kenapa Saya Memilih Vidalido Cabin XL Plus Sebagai Khemah Baru Keluarga

Beberapa tahun kebelakangan ni, saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti outdoor dan camping. Perkara pertama yang saya fikirkan ialah memilih khemah yang sesuai untuk keluarga.

Biasanya sebelum membuat keputusan, saya mengambil sedikit masa untuk melihat pelbagai pilihan khemah yang terdapat di pasaran dengan melihat kepada saiz, material dan ketahanan air hujan. Kali ni, selepas membuat beberapa perbandingan, pilihan saya akhirnya jatuh kepada Vidalido Cabin XL Plus tent.

Mengapa saya memilih khemah Vidalido Cabin XL Plus?

1. Saiz yang besar & luas

Saiz khemah ini yang agak besar berbanding kebanyakan khemah biasa. Dengan ukuran 2.7m x 2.7m tent ni lebih besar dari khemah saya sebelum ni, Arpenaz Base M yang berukuran 2.5m x 2.5m sahaja. Ruang yang selesa sangat penting terutama apabila camping bersama keluarga. Khemah yang sempit akan menyukarkan pergerakan dan penyimpanan barang-barang keperluan. Dengan ruang yang lebih luas, camping lebih selesa dan memberi pengalaman camping yang lebih menyeronokkan.

2. Rekaan Cabin Yang Menarik

Antara sebab lain saya memilih Vidalido Cabin XL Plus ialah reka bentuknya yang menyerupai sebuah kabin kecil dan ianya didatangkan dengan awning depan dan belakang serta awning tambahan kiri dan kanan. Rekaan seperti ini memberikan rasa lebih lapang dan teratur berbanding sesetengah khemah yang berbentuk rendah. Reka bentuknya juga nampak kemas serta sesuai untuk konsep family camping.

3. Banyak Ulasan Positif

Sebelum membeli, saya turut membaca pelbagai ulasan daripada pengguna lain. Walaupun setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza, kebanyakan maklum balas yang saya temui agak positif. Kebanyakan pengguna memuji keluasan ruang dalaman serta kemudahan pemasangannya. Maklum balas seperti ini memberi keyakinan kepada saya sebelum membuat keputusan pembelian.

4. Pelaburan Untuk Aktiviti Outdoor

Bagi saya, membeli khemah bukan sekadar membeli sebuah barang. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang keluarga. Saya harap khemah ini dapat digunakan dalam pelbagai suasana aktiviti camping pada masa akan datang dan menjadi sebahagian daripada kenangan yang indah bersama keluarga tersayang.

Harapan Saya Terhadap khemah Vidalido Cabin XL Plus

Buat masa ini, saya masih belum sempat buat unboxing tent sebab cuaca yang kurang menentu sejak beberapa hari kebelakangan ini. Namun, saya tidak sabar untuk melihat sendiri kualiti sebenar khemah serta mencuba proses pemasangannya.

InsyaAllah, saya akan berkongsi pengalaman unboxing, setup dan review sebenar selepas menggunakannya nanti.

Adakah pilihan saya tepat?
Namun persoalan sebenar masih belum terjawab. Adakah khemah ini benar-benar memenuhi jangkaan saya dari segi kualiti, kemudahan setup dan keselesaan ketika digunakan? Saya sendiri tidak sabar untuk mengetahuinya. Sama-sama kita nantikan dalam artikel seterusnya.

Artikel seterusnya : Unboxing Vidalido Cabin XL Plus

Tuesday, June 9, 2026

Khemah VIDALIDO CABIN XL Plus Dah Sampai

Alhamdulillah Khemah Vidalido CABIN XL Plus yang sis beli sempena Sale 6.6 di Shopee haritu akhirnya sudah sampai di tangan. Tapi untuk kali ini, sis tak boleh terus buat unboxing dan setup sebab sekarang musim hujan dan sis perlukan kawasan sesuai yang luas, lapang dan kering untuk setup dengan lebih selesa.




Saiz dalaman khemah ni ukuran dia 2.7m x 2.7m ketinggian 1.9m, jadi masih sesuai untuk korang berdiri di dalam khemah nanti. Untuk khemah saiz besar macam ini, sis tak nak buat unboxing secara tergesa-gesa sebabnya,

Perlukan ruang lapang untuk setup frame
Nak elak khemah basah atau kotor sebelum digunakan
Nak pastikan setup dibuat dengan betul dari awal
Cuaca sekarang tidak mengizinkan (hujan tak menentu)

Jadi lebih baik sis tunggu hari dan masa yang bersesuaian. Hehe

Secara jujurnya, sis rasa excited sangat khemah idaman dah sampai, memang rasa tak sabar nak cuba. Bila tengok kotak Vidalido CABIN XL Plus ni, memang dah boleh bayangkan, 

Camping dengan family yang selesa
Ruang luas dalam khemah
Setup macam mini cabin glamping

InsyaAllah bila cuaca dah okay, sis akan share ye,

✔ Video unboxing penuh Vidalido CABIN XL Plus
✔ Setup step-by-step
✔ First camping test
✔ Review jujur (tahan hujan atau tidak)

Kalau ada yang tengah cari khemah family besar macam ini, sis sertakan link untuk semakan di Shopee (harga & stok mungkin berubah ikut masa), Khemah VIDALIDO XL Plus. Oh ya tidak lupa juga groundsheet untuk tent ni, Groundsheet Vidalido CABIN XL Plus.

Stay tuned untuk next update ye korang 👍

Hiking Gunung Keriang Dengan Anak-anak

Assalamualaikum.

Rasanya dah 8 tahun sis meninggalkan dunia blogger ni. Rupanya dari tahun 2022 posting ni dalam draft baru ada kesempatan nak update blog. Sis jwanji akan update selalu lepas ni. Haha

Ok. Berbalik kepada tajuk, 27/9/2022 kami sekeluarga hiking di Gunung Keriang. Ini adalah kali pertama kami hiking sekeluarga. Selama ni ada juga rasa nak terlibat dengan dunia hiking tapi idea tu terkubur macam tu je.

2 minggu lepas suami tiba-tiba ajak. Sayang, jom hiking Gunung Baling. Sis terkejut sebab kami mana pernah hiking anak beranak. So sis google punya google, rupanya hiking di Gunung Baling kena ada guide lepastu berbayar, tinggi jugalah untuk nubis macam kami.

Google punya google sis cakap jom kita hiking di Gunung Keriang, terus sis sogok info dekat dia. Lepastu hiking, abg boleh pergi solat jumaat, then kita singgah Muzium Padi, lepastu boleh pergi Pusat Sains Wilayah Utara, cadangan sis pada suami.

Long story short.

Hari untuk hiking dah tiba. Anak-anak excited dorang bangun bertiga sarapan sendiri. Ibu bangun tengok dorang tengah makan roti canai cicah susu pekat 😆

Pukul 8.30 pagi kami gerak dari Kulim. Sampai area Alor Setar dalam pukul 10.20 pagi, suami ajak sarapan dulu. Setel sarapan pukul 10.40 terus gerak ke kaki Gunung Keriang.

Sampai dekat signage kaki Gunung Keriang pukul 11.03, kami bergambar dulu. Lepastu terus mendaki. Sepanjang pendakian laluan berbatu dan agak curam, ada juga laluan berbatu tapi agak landai dan biasa. Suami gendong Ufayr yang berusia 2 tahun 5 bulan.

Semasa mendaki naik ramai pendaki yang telah mendaki turun disebabkan sudah pukul 11 lebih ketika itu. Advantage kami mendaki lambat, laluan tak ada manusia kecuali kami terserempak dengan pendaki yang tengah turun. Untuk pendaki kali pertama macam kami, laluan agak adventure juga. Disebabkan sis ibu beranak 3 terasa jugalah kemengahan sewaktu pendakian.

Akhirnya kami berjaya sampai ke puncak Gunung Keriang yang ada pondok wakaf. Rehat di atas selama 20 minit setelah puas mengambil gambar panorama sekeliling. Dapat juga kami bergambar berlima dengan meminta pertolongan adik-adik yang tengah santai-santai dekat atas puncak.

Antara gambar-gambar yang diambil, cantik gila view dia. Korang kena hiking sini hehe.





Sampai jumpa lagi korang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...