Beberapa tahun kebelakangan ni, saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti outdoor dan camping. Perkara pertama yang saya fikirkan ialah memilih khemah yang sesuai untuk keluarga.
Biasanya sebelum membuat keputusan, saya mengambil sedikit masa untuk melihat pelbagai pilihan khemah yang terdapat di pasaran dengan melihat kepada saiz, material dan ketahanan air hujan. Kali ni, selepas membuat beberapa perbandingan, pilihan saya akhirnya jatuh kepada Vidalido Cabin XL Plus tent.
Mengapa saya memilih khemah Vidalido Cabin XL Plus?
1. Saiz yang besar & luas
Saiz khemah ini yang agak besar berbanding kebanyakan khemah biasa. Dengan ukuran 2.7m x 2.7m tent ni lebih besar dari khemah saya sebelum ni, Arpenaz Base M yang berukuran 2.5m x 2.5m sahaja. Ruang yang selesa sangat penting terutama apabila camping bersama keluarga. Khemah yang sempit akan menyukarkan pergerakan dan penyimpanan barang-barang keperluan. Dengan ruang yang lebih luas, camping lebih selesa dan memberi pengalaman camping yang lebih menyeronokkan.
2. Rekaan Cabin Yang Menarik
Antara sebab lain saya memilih Vidalido Cabin XL Plus ialah reka bentuknya yang menyerupai sebuah kabin kecil dan ianya didatangkan dengan awning depan dan belakang serta awning tambahan kiri dan kanan. Rekaan seperti ini memberikan rasa lebih lapang dan teratur berbanding sesetengah khemah yang berbentuk rendah. Reka bentuknya juga nampak kemas serta sesuai untuk konsep family camping.
3. Banyak Ulasan Positif
Sebelum membeli, saya turut membaca pelbagai ulasan daripada pengguna lain. Walaupun setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza, kebanyakan maklum balas yang saya temui agak positif. Kebanyakan pengguna memuji keluasan ruang dalaman serta kemudahan pemasangannya. Maklum balas seperti ini memberi keyakinan kepada saya sebelum membuat keputusan pembelian.
4. Pelaburan Untuk Aktiviti Outdoor
Bagi saya, membeli khemah bukan sekadar membeli sebuah barang. Ia adalah satu pelaburan jangka panjang keluarga. Saya harap khemah ini dapat digunakan dalam pelbagai suasana aktiviti camping pada masa akan datang dan menjadi sebahagian daripada kenangan yang indah bersama keluarga tersayang.
Harapan Saya Terhadap khemah Vidalido Cabin XL Plus
Buat masa ini, saya masih belum sempat buat unboxing tent sebab cuaca yang kurang menentu sejak beberapa hari kebelakangan ini. Namun, saya tidak sabar untuk melihat sendiri kualiti sebenar khemah serta mencuba proses pemasangannya.
InsyaAllah, saya akan berkongsi pengalaman unboxing, setup dan review sebenar selepas menggunakannya nanti.
Adakah pilihan saya tepat?
Namun persoalan sebenar masih belum terjawab. Adakah khemah ini benar-benar memenuhi jangkaan saya dari segi kualiti, kemudahan setup dan keselesaan ketika digunakan? Saya sendiri tidak sabar untuk mengetahuinya. Sama-sama kita nantikan dalam artikel seterusnya.
Artikel seterusnya : Unboxing Vidalido Cabin XL Plus
No comments:
Post a Comment