Monday, August 7, 2017

Pesanan Dr Hamid Arshat Kepada Semua Wanita Di Malaysia.

INI PESANAN SAYA KEPADA SEMUA WANITA DI MALAYSIA DAN PESAKIT-PESAKIT SAYA – DR HAMID ARSHAT. 

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar. Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca seperti bahan kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar, banyakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan(over cooking khususnya sayur-sayuran).

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(protien) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll, mengandungi berbagai khasiat kesihatan, mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Kekurangan hormon estrogen ketika menopos boleh beri kesan negatif kepada kesihatan. Banyakkan sayur-sayuran, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan boleh dijadikan gantian. Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga. Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.

17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer. Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam-dalamnya dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanallah dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit. Kaedah ini boleh meningkatkan bekalan oksigen sambil mengurangkan karbon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan. http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins(seperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian. Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan. Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds (mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin”Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Sunday, August 6, 2017

Keperluan Hibah Takaful Untuk Keluarga Kesayangan Anda.

Assalamualaikum,

Harini saya nak bercerita lagi mengenai hibah takaful. Saya suka mengingatkan betapa pentingnya suami sebagai ketua keluarga mengambil hibah takaful. Hibah takaful bukanlah satu kewajipan tetapi ianya telah menjadi satu keperluan masa kini.

Di great eastern takaful, kami menyediakan berbagai polisi berkenaan hibah. Antaranya polisi Damai dan Mega. Semua polisi takaful kita boleh hibahkan. Cuma banyak mana kita nak hibah tu bergantung dengan jenis polisi yang kita pilih dan nilai caruman kita setiap bulan.

Dengan polisi i-Great Damai 2.0, hibah takaful bermula dengan RM100/sebulan. Dan nilai pampasan mati yang kita boleh hibahkan bergantung kepada jenis kerja kita sekarang, umur, jantina dan status merokok. Lagi berisiko kerja kita, lagi rendahlah pampasan kita nanti. Polisi damai sangat mampu milik dan memudahkan semua golongan untuk membuat hibah takaful.


Polisi i-Great Mega pula menawarkan pampasan mati yang agak tinggi iaitu sebanyak RM500,000. Tempoh bayaran kita boleh pilih selama 10 tahun atau 20 tahun dan perlindungan kita dapat selama 30 tahun. Idea untuk polisi mega ni ibarat kita menyimpan duit dengan takaful dan mendapat perlindungan yang tinggi. Sebab kalau kita buat saving di tabung haji, ASB atau mana-mana bank, kita tidak dapat perlindungan hayat RM500,000 ni. Bahkan kita tidak dilindungi langsung.

Antara polisi Damai dan Mega, dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Pemilihan anda haruslah berdasarkan keperluan yang anda rasakan sesuai dengan keluarga anda dan nilai caruman yang sesuai dengan bajet kewangan anda sekarang.
Whatsapp saya untuk quotation lengkap atau lengkapkan data dekat quotation diruangan atas.

Atiqah,
011-3523 0709,
Your Trusted Financial Advisor.

Saturday, August 5, 2017

Resepi Mudah Aiskrim Ala-Ala McFlurry Oreo.

Hai.

Siapa dekat sini suka aiskrim McFlurry Oreo?. Resepi yang saya nak kongsikan sangat mudah. Anda cuma perlu sediakan aiskrim perisa vanilla dan oreo crushed cookies. Saya tahu anda tak pernah terfikir resepi mudah ni. Oreo hancur boleh didapati di bakeri sekitar tempat anda. Dengan dua bahan mudah anda dapat menikmati aiskrim ala-ala McFlurry Oreo. Aiskrim vanilla tu terpulang pada anda pakai jenama mana. Saya suka aiskrim jenama King's.


Inilah aiskrim mudah dan simple versi saya. Cedok aiskrim masukkan dalam gelas yYang sesuai, tabur oreo hancur sesuka hati anda. Kalau nak lagi simple boleh beli dekat McD terus. Hehe. 


Selamat mencuba aiskrim simple tapi sedap ini.

Wordless Saturday.


Friday, August 4, 2017

Campak Belakang Jalan-Jalan Simpang Mengayau, Desa Dairy Farm Dan Rumah Terbalik Tamparuli 2.

Hai. Sambung entri sebelum ni, Klik sini

Kami sampai pekan Kundasang sekitar jam 10 malam. Sampai-sampai je terus melilau cari tempat penginapan. Cari punya cari akhirnya jumpa homestay yang sesuai dengan bajet pada masa tu. Kundasang Rosewood Home Cottage dekat jalan Mesilau, berhadapan dengan Klinik Kesihatan Kundasang. Lepas check in cepat-cepat bawak masuk barang. Sejuk betul cuaca dekat luar. Dalam homestay memang tiada diletakkan penghawa dingin, kipas angin pun tiada. Masing-masing tarik selimut kesejukan sebab sweater tak bawak kan.


Bangun pagi benda pertama yang terdetik adalah Gunung Kinabalu. Tengok dekat tingkap bilik dah nampak Gunung Kinabalu tersegam indah diawal pagi. Selepas semua mandi dan bersiap kami bergerak untuk sarapan pagi. Lepastu bawak anak-anak pergi Desa Dairy Farm. Harga tiket masuk untuk dewasa RM5. Kanak-kanak 12 tahun kebawah free rasanya. Awal pagi memang sesuai pergi ke Desa Dairy Farm. Nak ambil gambar berlatarkan Gunung Kinabalu pun cantik, belum dilitupi awan lagi. Tengahari keatas memang tak dapat la view Gunung Kinabalu yang lawa-lawa. Nanti ambil gambar nampak awan dan kabus tebal je. So guys kalau nak ambil gambar lawa-lawa pergi sini pagi-pagi lagi.


Kami ke Desa Dairy Farm dengan tujuan nak beli aiskrim yogurt je, selain ambil gambar lawa. Hehe. Gelato dia memang terbaik. Saya suka yang perisa vanilla. Susu fresh perasa coklat dan coffee pon sedap. Harga lebih kurang je dengan harga di tempat lain. Selain tu ada jual yogurt plain dan berperasa semua berasaskan susu lembu yang diternak disitu.


Selepas tu kami check out bilik. Bergerak balik ke Kota Kinabalu. Dia ajak pergi Air Terjun Kepungit tapi kena patah balik pergi Ranau pula. So memang tak jadi la pergi. Lepastu ajak dia pergi Rumah Terbalik Tamparuli sebab tak pernah pergi juga. Sampai sana lebih kurang pukul 11.45 pagi. Tiket masuk agak mahal jugak RM10 untuk dewasa, kanak-kanak saya kurang pasti sebab Umar dan Farha tak kena bayar. Tak best pun Rumah Terbalik Tamparuli, tak boleh ambil gambar dalam rumah, boleh tengok-tengok saja. Bergambar boleh dekat kawasan luar rumah. Review saya idea rumah terbalik ok dah cuma bila buat syarat tak boleh ambil gambar yang jadi kurang menarik. Korang boleh google rumah terbalik di Malaysia. Rata-rata semua boleh bergambar dalam rumah. Siap ada yang buat photoshoot pengantin dekat sana. Ini cuma pandangan saya sahaja.


Selesai di Rumah Terbalik Tamparuli, kami cepat-cepat keluar cari makan tengahari. Takut jammed. Dari Tamparuli kami pergi Sepanggar. Agak jauh jugaklah. Dia bawa makan di Warung Pokdi Kelate. Makanan boleh tahan sedap dan ramai orang. Lepastu dia tanya lagi nak pergi mana-mana lagi tak. Semua saya tolak sebab penat sangat, nak balik tidur, terbayang tilam je ni. Kami pun bergerak balik dalam traffik yang agak slow petang tu. Kami sampai rumah sekitar jam 4.30 petang setelah lebih 24 jam berjalan merata.

Sekian.

Terima kasih sudi baca.

Thursday, August 3, 2017

Merawat Wajah Dengan 3 Langkah Yang Sangat Mudah Dan Berkesan Untuk Mendapatkan Kulit Yang Halus Dan Berseri-Seri.

Assalamualaikum.

Harini nak share pasal rawatan wajah yang sangat mudah yang anda boleh lakukan sendiri di rumah. Rawatan muka ni boleh dilakukan 3 atau 4 kali seminggu atau mengikut keselesaan dan keadaan anda. Nak lagi kerap lagi elok. Nak kurang pun boleh tapi kuranglah sikit kesan dia berbanding jika anda lakukan dengan kerap.

Bahan-bahan.
1) 2 keping hirisan lemon
2) 1 sudu teh Sodium Bicarbonate
3) 1 sudu teh serbuk kunyit
4) 1 sudu teh Madu
5) 1 sudu teh yogurt

Langkah 1.

Potong 2 keping hirisan lemon. Ambil 1 sudu teh sodium bicarbonate. Letakkan sodium bicarbonate pada hirisan lemon tadi. Gunakan sebelah hirisan untuk kiri dan sebelah untuk kanan muka anda. Mulakan skrub muka anda dari bawah muka ke atas dan dalam keadaan membulat. Boleh lakukan skrub untuk kiri dan kanan ikut keselesaan anda. Anda akan merasakan pedih sedikit pada muka kerana sisa-sisa kulit anda akan terhakis dan oleh kerana sifat lemon dan sodium bicarbonate itu sendiri. Basuh dengan air bersih dan lap lembut muka anda.

Langkah 2.

Campur madu dengan serbuk kunyit. Tepekkan dekat muka. Biarkan selama 15 minit. Basuh muka bersih. Jangan lap muka, biarkan kering sendiri.

Langkah 3.

Selepas muka dah kering, sapukan seluruh muka dengan yogurt plain vanilla. Kalau takda yang plain, boleh pakai yang berperisa. Biarkan selama 15 minit. Selepas 15 minit, basuh muka bersih-bersih. Biarkan muka kering sendiri.
Selamat mencuba. Rawatan paling mudah dan berkesan untuk mendapatkan kulit muka yang halus dan berseri-seri.

Wednesday, August 2, 2017

Hibah RM1,000,000 Untuk Keluarga Kesayangan Anda.

Hai.

Bercakap pasal HIBAH, masih ada yang belum faham tak apa hibah ni, macam mana hibah berfungsi.

Apa itu HIBAH.

Pengertian hibah menurut Islam adalah suatu pemberian seseorang kepada orang lain atau pihak tertentu dan pembahagian hibah tersebut dilakukan sewaktu pemberi masih hidup. Pemberian hibah tersebut dilakukan oleh pemilik harta sesuai dengan keinginannya dan tidak menimbulkan protes dari keluarga yang tidak mendapatkan hibah. Pemilik harta atau kekayaan berhak memberikan kekayaannya kepada siapapun sekalipun tidak ada pertalian darah diantara pemberi hibah dengan yang diberi hibah.

Jelas bukan?.


Kempen hibah RM1,000,000 ini adalah dari pelan i-Great Mega. Dengan caruman bulanan selama 10 atau 20tahun, kita dapat mewariskan sejumlah RM1,000,000 kepada keluarga kita.


Jadi sebaiknya kita sediakanlah hibah untuk isteri dan anak-anak, takut umur kita tak panjang dan dengan melalui hibahlah cara paling mudah dan senang kita boleh salurkan wang kita. Terus dapat kepada isteri atau orang yang kita hibahkan. Sedikit sebanyak kita boleh meringankan beban isteri dan keluarga selepas ketiadaan kita nanti.

Pm saya untuk dapatkan quotation HIBAH paling best dari takaful Great Eastern.

Atiqah,
011-3523 0709. 

Tuesday, August 1, 2017

Campak Belakang Jalan-Jalan Simpang Mengayau, Desa Dairy Farm Dan Rumah Terbalik Tamparuli.

Hai.
Saja nak throwback jalan-jalan bulan Mac haritu. Bagusnya jika kita rajin menulis, kita boleh track down balik apa yang kita tulis beberapa hari lepas, beberapa bulan dan tahun sebelumnya. Tapi itulah, siapa je rajin menulis journal sendiri, sebab tu lah saya menulis dalam blog ni. Hehe.

Ok. Sebenarnya biarpun duduk di Sabah saya belum pernah pergi Simpang Mengayau. Banyak kali dah ajak dia, banyak je alasan yang dia bagi. Tak payah la pergi, ada batu seketul je, itulah review dia bagi. Haha. Tapi sebab saya selalu cakap nanti kita pergi Simpang Mengayau tau. Percaya tak saya kata, jika anda menginginkan sesuatu dari seseorang, anda boleh bercakap berulang kali mengenai perkara tersebut sampai perkataan tu tertanam dalam minda bawah sedar seseorang. Hihi korang boleh cuba.

Dipendekkan cerita kami pun pergilah, dekat 3 jam jugak perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Simpang Mengayau. Dalam perjalanan dia bercerita masa dia rekrut dulu, nyanyi lagu perwira, mengenang zaman dia navy dulu. Excited punya pasal siap rakam video dalam kereta. Haha. Bila dah sampai memang cantik sangat tempatnya. Sangat-sangat mendamaikan hati disebabkan laut disepanjang ni. Tak puas ni, rasa nak duduk sana dan lepak setiap petang. Apapun saya gembira sebab dah jejak kaki dekat sini. Kira pernah jadi wishlist tempat nak pergi nanti tempat ni.













Cantik kan. Siapa kata tak cantik sahlah bukan sea lover. Sori. Lepas dah habis menghayati keindahan alam disitu, dia kata jom kita pi kundasang pula. Dia kata lama tak pergi. Jadi kami pon bergerak ke Kundasang dalam pkul 6 petang macam tu. Kira on the road unplanned la. Saya cuma plan nak mandi laut Simpang Mengayau tapi tak sempat dah. Lagipon hari dah lewat. On the way ke Kota Belud, singgah dekat gerai tepi jalan beli air mineral, jagung bakar dan buah tarap. Dia gelak je kata tu buah hutan, orang semenanjung tak makan. It's okay kami Sabahan kami makan buah tu. 

Sampai di Kota Belud solat jamak maghrib dan isyak siap-siap. Kiranya laluan Kota Belud-Kundasang kami memang tak pernah lalu sebelum-sebelum ni. Biasa laluan Kota Kinabalu-Kundasang sahaja. Perjalanan agak thrill sebab jalan tanah tinggi dan gelap sepanjang bahu jalan. Dalam kegelapan malam kami ditemani sinar bulan penuh. Cantik subhanallah bulan masa tu, ditambah laluan sebelah kiri ada sungai pula. Yang paling menakutkan minyak kereta level E dah. Tawakkal level paling tinggi time tu. Mana ada petrol pump. Makin lama makin sejuk sampai rasa ke sum-sum tulang. Tersegam indah Gunung Kinabalu disinari cahaya bulan penuh. Yang paling best kami anak beranak tak bawak sweater. Maklumlah perjalanan main redah ja. Berhenti di supermarket kampung, beli pampers Farha. Sebenarnya bawak dah cloth diapers Farha tapi memang tak cukup sampai esok so beli siap-siap. Nak booking bilik line sangat slow, bateri pun nak habis. So relax dulu, lihat keindahan alam sambil cas telefon dalam kereta. Perjalanan harini memang satu memori yang cukup indah untuk dikenang. 


Terima Kasih sebab sudi baca. Sambung entri seterusnya, klik sini




Monday, July 31, 2017

Pelan Penggantian Pendapatan Untuk Melindungi Kewangan Keluarga Jika Dilanda Musibah.

Harini akak takaful nak cerita pasal Pelan Penggantian Pendapatan atau kita biasa dengar Income Replacement Plan. Adakah anda seorang ketua keluarga yang hampir setiap hari keluar mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak? Atau adakah anda tempat bergantung harap keluarga anda?. Kalau ya, andalah orang paling sesuai dengan pelan ini.

Soalan saya.

Sudahkah anda melindungi gaji anda?

Kalau belum, inilah masanya.


Hari ini, mungkin saja gaji anda mencecah RM10,000. Dapatkah anda bayangkan keadaan keluarga sekiranya anda pergi selamanya secara tiba-tiba?. Dimana isteri anda hendak mencari wang sebanyak RM10,000 sebulan iaitu sebanyak gaji anda sewaktu anda hidup untuk meneruskan kelangsungan hidup isteri dan anak-anak?.Atau bagaimana jika anda ditakdirkan lumpuh sepenuhnya?


Inilah cara terbaik untuk anda siap-siap membuat pelan penggantian pendapatan anda. Dengan hanya serendah RM100 sebulan, anda telah menyediakan RM250,000 untuk keluarga tersayang anda. Buatlah keputusan bijak dan segerakanlah membuat pelan penggantian pendapatan anda.

Sayangi diri, sayangi keluarga, daftarlah takaful.

Atiqah,
011-3523 0709,
Perunding Kewangan Takaful.

Medical Card Standalone i-Great Medimax Dari Takaful Great Eastern.

Assalamualaikum.

Sebenarnya medical card standalone dari Great Eastern Takaful baru sahaja diperkenalkan pada bulan Jun yang lepas. Apa yang membezakan medical card standalone dari Great Eastern Takaful dengan medical card yang lain?. Banyak kelebihan dan perbezaan sebenarnya. Ok, jom lihat point saya dibawah.

Kelebihan Medical Card Standalone dari Great Eastern Takaful.

1) Tempoh perlindungan yang panjang sehingga umur 99 tahun.

2) Tiada bayaran co-takaful(maksudnya syarikat takaful menanggung semua kos rawatan hospital).

3) Tiada had seumur hidup(medical card limitless).

4) Had tahunan yang tinggi bermula RM90,000.

5) Had tahunan 10kali ganda sehingga RM1.76 Juta.

6) Terdapat tiga pilihan untuk harga bilik iaitu RM150, RM200 dan RM300.

7) Manfaat kematian akibat kemalangan percuma sebanyak RM20,000.

8) Khidmat bantuan kecemasan kenderaan 24 Jam.

9) Plan individu yang mana setiap ahli keluarga adalah pemilik polisi itu sendiri. Sekiranya ibu atau bapa sebagai pembayar meninggal dunia, polisi takaful masih berjalan seperti biasa.

10) Diskaun 5% untuk setiap kumpulan 2 orang dan keatas yang menyertai polisi ini.

Menarik bukan?.Dan untuk pengetahuan semua, medical card dari Great Eastern Takaful adalah serendah RM59 sahaja. Apa tunggu lagi, dapatkan quotation medical card anda sekarang. Jangan berlengah lagi, daftarlah segera. Lihatlah jadual dibawah dan nilailah sendiri.


Atiqah,
011-3523 070,
Perunding Takaful Great Eastern.

36 Jenis Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Oleh Takaful Great Eastern.

Assalamualaikum.

Tahukah anda terdapat 36 jenis penyakit kritikal yang dilindungi oleh Takaful Great Eastern antaranya ialah:

1. Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
3. Meningitis Bakteria
4. Tumor Otak Benigna
5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
6. Pembedahan Otak
7. Kanser
8. Kardiomiopati Teruk
9. Anemia Aplasia Kronik
10. Koma
11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
12. Kepekakan / Hilang Pendengaran Menyeluruh dan irreversible
13. Ensefalitis/encephalitis
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-paru Tahap Akhir
16. AIDS Peringkat Teruk
17. Hepatitis Virus Fulminan
18. Serangan Jantung
19. Pembedahan Injap Jantung
20. HIV Akibat Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang - Dialisis atau pemindahan buah pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Pertuturan
24. Trauma Kepala Utama
25. Pemindahan Organ Utama/ Sum-sum Tulang
26. Penyakit Neuron Motor
27. Sklerosis Berbilang
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan / Paraplegia
30. Penyakit Parkinson
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
33. Strok
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
36. Melecur Tahap Tiga

Dapatkan kad perubatan anda segera. Anda tidak tahu bila anda memerlukan rawatan-rawatan seperti di atas. Kita hanya mampu menyediakan perlindungan dengan kad perubatan dan juga menjaga kesihatan diri sebaik mungkin, lain-lain hal diluar kemampuan kita.

Atiqah,
Perunding Takaful Great Eastern. 

Thursday, July 6, 2017

Campak Belakang Trip Putatan ke Tenom Menaiki Keretapi.

Hai semua.

Harini nak share jalan-jalan pergi Tenom. Sekitar awal bulan Januari tahun ni. Alkisahnya, kami semua tak pernah pergi Tenom dan kami juga nak bawak anak-anak rasa pengalaman naik keretapi. Encik suami pernah naik keretapi Beaufort-Tenom tapi tak sampai pekan Tenom lah. Itupon sebab dia main water rafting dekat Sungai Padas dengan geng-geng divers navy. Kira kami semua first time la ni nak jejak Tenom hehe. Harga tiket keretapi saya dah lupa, tapi murah je, memang mampu milik.


Kami decide naik dekat stesyen Putatan, dekat je dengan rumah kat sini. Plan kami bermula sehari sebelum je. Hari kemarin baru cek tiket pukul berapa pergi dan balik jadi macam tak sempat dah, so tunda esoknya which is hari kami jadi pergilah. Jenuh menggoogle keretapi negeri Sabah.



So kami naik keretapi dalam pukul 8 pagi. Sampai di pekan Beaufort dalam pukul 12 tengahari macam tu. Jadi kami pergilah cari kedai makan dulu. Lepastu lepak dekat tepi sungai Beaufort. Dah jenuh menunggu kami pergi masjid Beaufort pula. Kecil je pekan Beaufort ni. Pusing-pusing tempat situ jugak.



Keretapi dari Beaufort ke Tenom bergerak dalam pukul 2.30 petang. Keretapi lama bergerak pon perlahan sangat, panas sangat sebab takda kipas, aircond apatah lagi. Ramai je orang naik keretapi tu. Mungkin sebab keretapi satu-satunya pengangkutan yang menghubungkan Beaufort dengan Tenom. Laluan kereta memang takda langsung sebab perjalanan melintasi beberapa buah bukit. Hampir sepanjang laluan keretapi Beaufort-Tenom berada ditepian Sungai Padas. Cantik sangat pemandangan sepanjang laluan. Cuma laluan agak mencabar dan keretapi selalu berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang disepanjang laluan. Orang kampung menggunakan keretapi sepenuhnya untuk pengangkutan mereka.


Sekitar jam 4 petang kami sampai di Tenom. Pertama kali menjejak kami ke Tenom ni. Pekan kecil sahaja tapi excited lain macam sebab thrill sangat nak sampai sini naik keretapi zaman penjajah lagi. Kami semua excited. Malam tu kami check in dekat motel sekitar pekan Tenom. Esoknya kami memulakan perjalanan ke Keningau menaiki teksi. Dari Keningau ke Putatan pula kami menaiki bas. Pengalaman baru yang amat berharga untuk anak-anak dapat menaiki keretapi dan juga bas untuk pertama kali.



Saya sebenarnya suka meneroka tempat baru. It's okay biarpon orang lain dah travel macam-macam negara, mulakan dengan langkah pertama anda. Pengalaman travel pasti tidak akan dilupakan. Start mengemas barang-barang dalam backpack anda dan travel lah secara backpacker. Happy travel!

Tuesday, July 4, 2017

Pemilihan Action Camera Yang Jimat dan Berbaloi Mengikut Bajet Anda.

Assalamualaikum.
Korang mesti dah biasa dengar pasal action camera kan. Sekarang ni berlambak di pasaran tak kira yang murah atau mahal. Sesuai dengan bajet dan citarasa pengguna gitu.

Jadi, saya pon dah terjebak sama. Saya memilih action camera yang paling jimat dan berbaloi-baloi la pada hemat saya haha. Korang ada bajet keras sikit tu bolehlah grab GoPro terus kan. Ok, yang ni action camera yang saya pilih untuk pertama kali mencuba.



GoGears F60R 4K WiFi action camera.

SPECIFICATIONS

General
Model: F60R
Type: Sports Camera
Chipset Name: Allwinner
Chipset: Allwinner V3
System requirements: Mac OS x 10.3.6 above,Win 7,Windows 2000 / XP / Vista

Storage
Max External Card Supported: TF 64G (not included)
Class Rating Requirements: Class 10 or Above

Display
Screen size: 2.0inch
Screen type: LCD

Power
Battery Type: Removable
Capacity: 900mAh
Charge way: USB charge by PC
Working Time: About 90 minutes at 1080P 30fps

Primary Info
Wide Angle: 170 degree wide angle
Camera Pixel : 16MP
ISO: Auto

Video/Image/Audio
Decode Format: H.264
Video format: MP4
Video Resolution: 1080P (1920 x 1080),2.7K ( 2688 x 1520 ),4K (3200 x 1800),720P (1280 x 720)
Video System: NTSC
Video Output : HDMI
Image Format : JPG
Audio System: Built-in microphone/speacker (AAC)
Exposure Compensation: +1,+2,+3,-1,-2,-3,0
White Balance Mode: Auto,Cloudy,Fluorescent,Incandescent,Sunny
Scene: Auto

Functions
WIFI: Yes
WiFi Function: Image Transmission,Remote Control,Settings,Sync and Sharing Albums
WiFi Distance : 10m
Waterproof: Yes
Water Resistant: 30m
Loop-cycle Recording : Yes
Loop-cycle Recording Time: 2min,3min,5min
HDMI Output: Yes
Delay Shutdown : Yes
Time Stamp: Yes
Interface Type: Micro HDMI,Micro USB,TF Card Slot
Language: English,French,German,Italian,Japanese,Korean,Polski,Portuguese,Russian,Simplified Chinese,Spanish,Traditional Chinese

Other
Operating Temp.: -10 - 55 centigrade degree

Dimension/Weight
Product weight: 0.060 kg
Package weight: 0.600 kg
Product size (L x W x H): 5.00 x 2.00 x 4.10 cm / 1.97 x 0.79 x 1.61 inches
Package size (L x W x H): 30.00 x 20.00 x 9.00 cm / 11.81 x 7.87 x 3.54 inches

Saya memilih action camera jenis ni sebab murah dan jimat. Review pon ok. Dan lagi saya berjaya dapatkan yang best deal in town price dia. Paling murah yang saya jumpa jual online.

Ok lah. Selamat memilih action camera masing-masing. Pastikan action camera yang anda pilih sesuai dengan bajet dan citarasa anda. Goodluck.

Sunday, February 5, 2017

Bukan Sekadar Novel Biasa-Biasa

Assalamualaikum,

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengupdate blog ni. Saya nak share sebuah novel melayu yang mungkin nampak biasa-biasa tapi pada saya sangat luar biasa. Novel tu bertajuk 13 Jam A380. Sebelum ni saya pernah dah baca intro novel tapi saya pun tidak pasti adakah terlupa meneruskan pembacaan atau ada sebab lain.

Novel ni mengisarkan cita-cita dan impian anak muda yang besar, hubungan kekeluargaan yang rapat, mencintai dan menghormati ibu ayah, persahabatan yang utuh, cinta kekasih buat kekasih, hubungan manusia sesama manusia dan yang paling penting adalah kebergantungan kepada Allah dalam mendidik sifat sabar dan redha dengan takdir yang berlaku.

Novel ini mungkin pada anda nampak biasa saja tapi percayalah sekali anda membacanya pasti anda akan kagum dan terbuka pemikiran dengan idea-idea yang digarap oleh penulis novel tersebut. Secara jujurnya, saya jarang dan belum pernah membaca novel melayu sebegini yang memberi impak dan kesan mendalam pada diri saya.

Jadi kawan-kawan yang belum pernah baca, luangkan sedikit masa membaca novel ini. Saya pasti ianya berbaloi dengan sedikit masa yang anda habiskan.

Happy reading!


Tuesday, January 3, 2017

Notes In A Jar

Assalamualaikum pembaca setia,

Korang pernah tak tulis nota lepastu letak dalam botol kaca, lepastu lepas dekat sungai dengan harapan impian yang korang tulis tercapai? Haha. Saya tak pernah buat ya.



Apa kata tahun baru 2017 ni, kita buat notes in a jar. Konsepnya sama macam dekat atas. Tulis apa-apa benda baik atau hebat yang berlaku setiap hari, atau setiap minggu. Ikut suka korang nak pilih yang mana tulis nota setiap hari atau setiap minggu. Pada malam 31/12/2017 nanti, korang boleh buka jar tersebut dan baca semua yang berlaku. 365 nota untuk 365 hari atau 52 nota untuk 52 minggu yang ada. Menarik bukan, boleh buat sendiri atau dengan pasangan masing-masing. Selamat mencuba.

Sunday, January 1, 2017

Selamat Datang 2017

Assalamualaikum pembaca yang positif,

Tahun 2016 telah pun melabuhkan tirainya. Selamat datang tahun 2017. Syukur masih dipanjangkan umur untuk melakukan apa sahaja impian kita, untuk mengejar cita-cita yang tertunda. Impian tahun 2016 semua tercapai tak?. Atau semua tak tercapai?. Hahaha(gelak jahat). Lupakan masa yang dah berlalu pergi. Untuk tahun 2017 ni, kita boleh list 101 impian atau 1001 impian yang kita nak capai.


Beli satu buku yang menarik, namakan sebagai 101 impian 2017. Buat list spesifik, letak siap-siap bulan berapa nak capai impian tersebut. Pakailah pen warna-warni supaya menarik di mata anda. Nanti bila dah tercapai impian tu, boleh tick letak tarikh bila impian tu terlaksana. Mudah kan?.

Dan juga, jadikan planner sebagai buku wajib anda setiap hari. Pastikan korang ada planner 2017. Senang nak urus masa korang nanti. Nak jumpa klien pada tarikh sekian-sekian, nak update blog bila, nak attend majlis itu ini. Memang mudah kalo ada diary planner.



Jom sama-sama buat dua benda ni, buku 101 impian 2017 dan jadikan 2017 diary planner buku wajib anda setiap hari. Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...