Wednesday, December 28, 2016

Claim Yang Telah Dibayar Oleh Great Eastern Kepada Klien

Tahukah anda, Great Eastern telah membayar sejumlah RM746.9 million tuntutan pada tahun 2014 kepada peserta-peserta yang mencarum dengan Great Eastern. Dan sejumlah RM859.4 million pada tahun 2015. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM112.5 million. 





Sumber kewangan yang kukuh, syarikat yang stabil dan dana yang besar menjadikan tuntutan-tuntutan mampu dijayakan oleh Great Eastern. Jadi jangan bertangguh lagi, segeralah dapatkan perlindungan takaful dari Great Eastern Takaful hari ini. 

Atiqah,
011-3523 0709,
Perunding Kewangan,
Great Eastern Takaful Berhad.





Tuesday, December 27, 2016

Pentingnya Perlindungan Takaful Kepada Anda Dan Keluarga Tersayang.


Kita selalu dengar orang kata takaful ni penting, takaful tu penting, ambil segera, jangan tangguh lagi. Biasa dengar kan. Tapi kita tahu tak apa kepentingan takaful untuk kita dan keluarga kita?.Mesti ramai yang tak tahu dan tak cakna manfaat-manfaat yang takaful tawarkan kepada kita. Ini adalah idea-idea kepentingan takaful yang kita patut tahu.


1) Jika anda sakit, anda boleh guna medical card dari takaful, walk-in saja mana-mana hospital swasta dan anda bakal mendapat rawatan segera. Sedikit sebanyak anda tidak akan menyusahkan ahli keluarga, kawan-kawan, jiran tetangga anda dengan meminjam duit untuk membuat rawatan segera di hospital kelak. Mudah bukan.

2) Jika anda meninggal dunia dan polisi takaful anda telah bermula, anda bakal meninggalkan sejumlah wang yang mana wang tersebut boleh diguna pakai membayar hutang-hutang anda jika ada seperti hutang rumah dan kereta. Dan juga duit tersebut boleh digunakan untuk kelangsungan hidup isteri dan anak-anak anda sebagai duit belanja dapur dan pendidikan anak-anak anda.

3) Jika anda ditakdirkan lumpuh kekal, anda tidak dapat menyumpang tenaga dan apa-apa lagi kepada keluarga anda, jadi dengan duit pampasan yang anda dapat, anda boleh membantu keluarga sedikit sebanyak tanpa rasa sudah tidak berguna lagi.

4) Kalau anda ditakdirkan kemalangan, anda bakal mendapat sejumlah wang yang mana boleh digunakan sementara menunggu anda sembuh dan boleh bekerja seperti sediakala.

5) Kalau semua 4 point yg saya sebutkan tadi tidak berlaku atau belum berlaku kepada anda, anda mempunyai sejumlah wang dalam akaun simpanan takaful anda. Jangan ingat polisi takaful tiada duit simpanan. Anda boleh keluarkan pada bila-bila masa dengan syarat ada sejumlah minimum dalam akaun anda tersebut.

Jadi, penting tidak takaful ni?. Mestilah penting. Sebabtu saya share kepentingan takaful kepada anda.

Sekian, ikhlas dari saya,

Atiqah,
011-3523 0709,
Perunding Great Eastern Takaful.


Monday, December 26, 2016

Kerjaya Bersama Great Eastern Takaful

Sedar tak sedar, sudah 8 bulan saya menjadi ejen Great Eastern Takaful.Tak pernah terfikir akan menjadi ejen Great Eastern Takaful sebenarnya, hehe.


Kenapa saya memilih Great Eastern?. Great Eastern adalah sebuah syarikat swasta yang kukuh yang sudah lama bertapak semenjak tahun 1908 lagi. Disamping itu, Great Eastern mempunyai sumber dana yang paling besar diantara syarikat insurans/takaful yang lain. Jadi tiada timbul isu keraguan dan tidak yakin pada saya dari segi kewangan dan kestabilan syarikat.



Kenapa saya memilih menjadi ejen Great Eastern Takaful?. Great Eastern Takaful mendapat 70% dana dari Great Eastern sendiri dan 30% adalah dari Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad(KATMB). Sumber kewangan yang kukuh adalah punca utama kenapa saya memilih menjadi sebahagian dari Great Eastern Takaful. Lagipun, pelbagai manfaat yang ditawarkan apabila menjadi ejen Great Eastern Takaful.



Kawan-kawan yang berminat nak jadi ejen Great Eastern Takaful boleh call saya direct atau whatsapp saya segera. 

Atiqah,
011-3523 0709,
Perunding Great EasternTakaful.

Wednesday, February 11, 2015

Mudahnya Bercuti di Langkawi dengan Bajet yang Terhad.

Assalamualaikum,

Sebenarnya usul percutian ke Langkawi sudah lama diketengahkan. Cuma kami mencari masa-masa yang sesuai untuk dilaksanakan. Bulan Disember haritu tak begitu sesuai sebab masa tu adalah cuti panjang, jadi potensi ibu bapa membawa anak-anak bercuti adalah amat tinggi. Dan lagi kami dah balik bercuti selama sebulan di Kota Kinabalu bulan Oktober sebelum tu.

Jadi, bulan lepas kami decide nak pergi Langkawi. Kami dah habis google tips-tips percutian bajet ke Langkawi yang orang lain pernah buat. Pendek kata, minyak kereta, tambang feri, makanan dan minuman, penginapan dan aktiviti yang akan dilakukan semua dah difikirkan dan dibuat kira-kira.

Pagi tu kami terlambat sedikit dari jadual. Perjalanan dari Kulim, naik lebuhraya, turun pi Alor Setar dan terus ke Kuala Perlis. Sampai-sampai terus beli tiket feri pukul 12. Kereta kami tinggalkan dekat sepupu, minta dia tolong jagakan. Pukul 12.15 macamtu baru feri bergerak. Rasa seronok dapat tengok dan bau air laut. Fuhh, saya memang orang bajau laut. 

Air laut yang sentiasa menggoda

Sampai langkawi dalam pukul 1.20 cmtu. Kami turun feri di Jeti Kuah. Di situ kami ambil skuter dengan kadar bayaran rm30/hari. Sewa dua hari + deposit rm110. Abang sewa skuter tu bagi kami peta penuh Pulau Langkawi. Peta dekat bawah ni memang siap-siap save dalam fon sebelum bercuti lagi. Lol.

Peta Pulau Langkawi

Siap ambil skuter kami bergerak terus ke Pantai Cenang. Agak jauh jugak la naik skuter. Nasib baek kami siap bawak topi dan cermin mata masing-masing. Lagipun kami backpackers. Menyewa skuter adalah pilihan terbaik untuk kami, lagipun takkan nak sia-siakan view yang menarik dengan menaiki kereta?. Hihi. Disitu kami dah save banyak.

Di Pantai Cenang, kami terus ke Amzar Hotel. Rupa-rupanya chalet murah dengan harga rm35 dan rm45 dah penuh. Untuk pengetahuan semua, chalet ini tidak boleh book, kena walk in. Kalo ada kira nasiblah. Penat mencari, kami berhenti lunch dulu. Lepas tu, kami sambung mencari bilik/chalet yang bersesuaian dengan bajet kami. Rata-rata rm100/hari keatas, lagipun hari tu hari ahad. Masih ramai lagi pelancong.

Akhirnya kami jumpa bilik di Amani Guest House, mulanya dia bagi bilik rm75. Tanya punya tanya rupanya ada bilik rm40 tapi tengah dibersihkan. Kami kata takpa, kami boleh tunggu. Lepastu kami keluar ronda-ronda sekitar Pantai Cenang sambil cuci mata tengok laut dan ragam manusia yang pelbagai bangsa.

....bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...