Thursday, August 3, 2017

Merawat Wajah Dengan 3 Langkah Yang Sangat Mudah Dan Berkesan Untuk Mendapatkan Kulit Yang Halus Dan Berseri-Seri.

Assalamualaikum.

Harini nak share pasal rawatan wajah yang sangat mudah yang anda boleh lakukan sendiri di rumah. Rawatan muka ni boleh dilakukan 3 atau 4 kali seminggu atau mengikut keselesaan dan keadaan anda. Nak lagi kerap lagi elok. Nak kurang pun boleh tapi kuranglah sikit kesan dia berbanding jika anda lakukan dengan kerap.

Bahan-bahan.
1) 2 keping hirisan lemon
2) 1 sudu teh Sodium Bicarbonate
3) 1 sudu teh serbuk kunyit
4) 1 sudu teh Madu
5) 1 sudu teh yogurt

Langkah 1.

Potong 2 keping hirisan lemon. Ambil 1 sudu teh sodium bicarbonate. Letakkan sodium bicarbonate pada hirisan lemon tadi. Gunakan sebelah hirisan untuk kiri dan sebelah untuk kanan muka anda. Mulakan skrub muka anda dari bawah muka ke atas dan dalam keadaan membulat. Boleh lakukan skrub untuk kiri dan kanan ikut keselesaan anda. Anda akan merasakan pedih sedikit pada muka kerana sisa-sisa kulit anda akan terhakis dan oleh kerana sifat lemon dan sodium bicarbonate itu sendiri. Basuh dengan air bersih dan lap lembut muka anda.

Langkah 2.

Campur madu dengan serbuk kunyit. Tepekkan dekat muka. Biarkan selama 15 minit. Basuh muka bersih. Jangan lap muka, biarkan kering sendiri.

Langkah 3.

Selepas muka dah kering, sapukan seluruh muka dengan yogurt plain vanilla. Kalau takda yang plain, boleh pakai yang berperisa. Biarkan selama 15 minit. Selepas 15 minit, basuh muka bersih-bersih. Biarkan muka kering sendiri.
Selamat mencuba. Rawatan paling mudah dan berkesan untuk mendapatkan kulit muka yang halus dan berseri-seri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...