Tuesday, August 1, 2017

Campak Belakang Jalan-Jalan Simpang Mengayau, Desa Dairy Farm Dan Rumah Terbalik Tamparuli.

Hai.
Saja nak throwback jalan-jalan bulan Mac haritu. Bagusnya jika kita rajin menulis, kita boleh track down balik apa yang kita tulis beberapa hari lepas, beberapa bulan dan tahun sebelumnya. Tapi itulah, siapa je rajin menulis journal sendiri, sebab tu lah saya menulis dalam blog ni. Hehe.

Ok. Sebenarnya biarpun duduk di Sabah saya belum pernah pergi Simpang Mengayau. Banyak kali dah ajak dia, banyak je alasan yang dia bagi. Tak payah la pergi, ada batu seketul je, itulah review dia bagi. Haha. Tapi sebab saya selalu cakap nanti kita pergi Simpang Mengayau tau. Percaya tak saya kata, jika anda menginginkan sesuatu dari seseorang, anda boleh bercakap berulang kali mengenai perkara tersebut sampai perkataan tu tertanam dalam minda bawah sedar seseorang. Hihi korang boleh cuba.

Dipendekkan cerita kami pun pergilah, dekat 3 jam jugak perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Simpang Mengayau. Dalam perjalanan dia bercerita masa dia rekrut dulu, nyanyi lagu perwira, mengenang zaman dia navy dulu. Excited punya pasal siap rakam video dalam kereta. Haha. Bila dah sampai memang cantik sangat tempatnya. Sangat-sangat mendamaikan hati disebabkan laut disepanjang ni. Tak puas ni, rasa nak duduk sana dan lepak setiap petang. Apapun saya gembira sebab dah jejak kaki dekat sini. Kira pernah jadi wishlist tempat nak pergi nanti tempat ni.













Cantik kan. Siapa kata tak cantik sahlah bukan sea lover. Sori. Lepas dah habis menghayati keindahan alam disitu, dia kata jom kita pi kundasang pula. Dia kata lama tak pergi. Jadi kami pon bergerak ke Kundasang dalam pkul 6 petang macam tu. Kira on the road unplanned la. Saya cuma plan nak mandi laut Simpang Mengayau tapi tak sempat dah. Lagipon hari dah lewat. On the way ke Kota Belud, singgah dekat gerai tepi jalan beli air mineral, jagung bakar dan buah tarap. Dia gelak je kata tu buah hutan, orang semenanjung tak makan. It's okay kami Sabahan kami makan buah tu. 

Sampai di Kota Belud solat jamak maghrib dan isyak siap-siap. Kiranya laluan Kota Belud-Kundasang kami memang tak pernah lalu sebelum-sebelum ni. Biasa laluan Kota Kinabalu-Kundasang sahaja. Perjalanan agak thrill sebab jalan tanah tinggi dan gelap sepanjang bahu jalan. Dalam kegelapan malam kami ditemani sinar bulan penuh. Cantik subhanallah bulan masa tu, ditambah laluan sebelah kiri ada sungai pula. Yang paling menakutkan minyak kereta level E dah. Tawakkal level paling tinggi time tu. Mana ada petrol pump. Makin lama makin sejuk sampai rasa ke sum-sum tulang. Tersegam indah Gunung Kinabalu disinari cahaya bulan penuh. Yang paling best kami anak beranak tak bawak sweater. Maklumlah perjalanan main redah ja. Berhenti di supermarket kampung, beli pampers Farha. Sebenarnya bawak dah cloth diapers Farha tapi memang tak cukup sampai esok so beli siap-siap. Nak booking bilik line sangat slow, bateri pun nak habis. So relax dulu, lihat keindahan alam sambil cas telefon dalam kereta. Perjalanan harini memang satu memori yang cukup indah untuk dikenang. 


Terima Kasih sebab sudi baca. Sambung entri seterusnya, klik sini




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...