Thursday, July 6, 2017

Campak Belakang Trip Putatan ke Tenom Menaiki Keretapi.

Hai semua.

Harini nak share jalan-jalan pergi Tenom. Sekitar awal bulan Januari tahun ni. Alkisahnya, kami semua tak pernah pergi Tenom dan kami juga nak bawak anak-anak rasa pengalaman naik keretapi. Encik suami pernah naik keretapi Beaufort-Tenom tapi tak sampai pekan Tenom lah. Itupon sebab dia main water rafting dekat Sungai Padas dengan geng-geng divers navy. Kira kami semua first time la ni nak jejak Tenom hehe. Harga tiket keretapi saya dah lupa, tapi murah je, memang mampu milik.


Kami decide naik dekat stesyen Putatan, dekat je dengan rumah kat sini. Plan kami bermula sehari sebelum je. Hari kemarin baru cek tiket pukul berapa pergi dan balik jadi macam tak sempat dah, so tunda esoknya which is hari kami jadi pergilah. Jenuh menggoogle keretapi negeri Sabah.



So kami naik keretapi dalam pukul 8 pagi. Sampai di pekan Beaufort dalam pukul 12 tengahari macam tu. Jadi kami pergilah cari kedai makan dulu. Lepastu lepak dekat tepi sungai Beaufort. Dah jenuh menunggu kami pergi masjid Beaufort pula. Kecil je pekan Beaufort ni. Pusing-pusing tempat situ jugak.



Keretapi dari Beaufort ke Tenom bergerak dalam pukul 2.30 petang. Keretapi lama bergerak pon perlahan sangat, panas sangat sebab takda kipas, aircond apatah lagi. Ramai je orang naik keretapi tu. Mungkin sebab keretapi satu-satunya pengangkutan yang menghubungkan Beaufort dengan Tenom. Laluan kereta memang takda langsung sebab perjalanan melintasi beberapa buah bukit. Hampir sepanjang laluan keretapi Beaufort-Tenom berada ditepian Sungai Padas. Cantik sangat pemandangan sepanjang laluan. Cuma laluan agak mencabar dan keretapi selalu berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang disepanjang laluan. Orang kampung menggunakan keretapi sepenuhnya untuk pengangkutan mereka.


Sekitar jam 4 petang kami sampai di Tenom. Pertama kali menjejak kami ke Tenom ni. Pekan kecil sahaja tapi excited lain macam sebab thrill sangat nak sampai sini naik keretapi zaman penjajah lagi. Kami semua excited. Malam tu kami check in dekat motel sekitar pekan Tenom. Esoknya kami memulakan perjalanan ke Keningau menaiki teksi. Dari Keningau ke Putatan pula kami menaiki bas. Pengalaman baru yang amat berharga untuk anak-anak dapat menaiki keretapi dan juga bas untuk pertama kali.



Saya sebenarnya suka meneroka tempat baru. It's okay biarpon orang lain dah travel macam-macam negara, mulakan dengan langkah pertama anda. Pengalaman travel pasti tidak akan dilupakan. Start mengemas barang-barang dalam backpack anda dan travel lah secara backpacker. Happy travel!

1 comment:

Siti Nur salwa Binti Mohd Arif said...

Klu p tenom pulang balik bleh Kah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...