Monday, July 31, 2017

36 Jenis Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Oleh Takaful Great Eastern.

Assalamualaikum.

Tahukah anda terdapat 36 jenis penyakit kritikal yang dilindungi oleh Takaful Great Eastern antaranya ialah:

1. Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
2. Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
3. Meningitis Bakteria
4. Tumor Otak Benigna
5. Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
6. Pembedahan Otak
7. Kanser
8. Kardiomiopati Teruk
9. Anemia Aplasia Kronik
10. Koma
11. Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
12. Kepekakan / Hilang Pendengaran Menyeluruh dan irreversible
13. Ensefalitis/encephalitis
14. Kegagalan Hati Tahap Akhir
15. Penyakit Paru-paru Tahap Akhir
16. AIDS Peringkat Teruk
17. Hepatitis Virus Fulminan
18. Serangan Jantung
19. Pembedahan Injap Jantung
20. HIV Akibat Transfusi Darah
21. Kegagalan Buah Pinggang - Dialisis atau pemindahan buah pinggang
22. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
23. Hilang Pertuturan
24. Trauma Kepala Utama
25. Pemindahan Organ Utama/ Sum-sum Tulang
26. Penyakit Neuron Motor
27. Sklerosis Berbilang
28. Distrofi Otot
29. Kelumpuhan / Paraplegia
30. Penyakit Parkinson
31. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
32. Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
33. Strok
34. Pembedahan Aorta
35. Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
36. Melecur Tahap Tiga

Dapatkan kad perubatan anda segera. Anda tidak tahu bila anda memerlukan rawatan-rawatan seperti di atas. Kita hanya mampu menyediakan perlindungan dengan kad perubatan dan juga menjaga kesihatan diri sebaik mungkin, lain-lain hal diluar kemampuan kita.

Atiqah,
Perunding Takaful Great Eastern. 

Thursday, July 6, 2017

Campak Belakang Trip Putatan ke Tenom Menaiki Keretapi.

Hai semua.

Harini nak share jalan-jalan pergi Tenom. Sekitar awal bulan Januari tahun ni. Alkisahnya, kami semua tak pernah pergi Tenom dan kami juga nak bawak anak-anak rasa pengalaman naik keretapi. Encik suami pernah naik keretapi Beaufort-Tenom tapi tak sampai pekan Tenom lah. Itupon sebab dia main water rafting dekat Sungai Padas dengan geng-geng divers navy. Kira kami semua first time la ni nak jejak Tenom hehe. Harga tiket keretapi saya dah lupa, tapi murah je, memang mampu milik.


Kami decide naik dekat stesyen Putatan, dekat je dengan rumah kat sini. Plan kami bermula sehari sebelum je. Hari kemarin baru cek tiket pukul berapa pergi dan balik jadi macam tak sempat dah, so tunda esoknya which is hari kami jadi pergilah. Jenuh menggoogle keretapi negeri Sabah.



So kami naik keretapi dalam pukul 8 pagi. Sampai di pekan Beaufort dalam pukul 12 tengahari macam tu. Jadi kami pergilah cari kedai makan dulu. Lepastu lepak dekat tepi sungai Beaufort. Dah jenuh menunggu kami pergi masjid Beaufort pula. Kecil je pekan Beaufort ni. Pusing-pusing tempat situ jugak.



Keretapi dari Beaufort ke Tenom bergerak dalam pukul 2.30 petang. Keretapi lama bergerak pon perlahan sangat, panas sangat sebab takda kipas, aircond apatah lagi. Ramai je orang naik keretapi tu. Mungkin sebab keretapi satu-satunya pengangkutan yang menghubungkan Beaufort dengan Tenom. Laluan kereta memang takda langsung sebab perjalanan melintasi beberapa buah bukit. Hampir sepanjang laluan keretapi Beaufort-Tenom berada ditepian Sungai Padas. Cantik sangat pemandangan sepanjang laluan. Cuma laluan agak mencabar dan keretapi selalu berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang disepanjang laluan. Orang kampung menggunakan keretapi sepenuhnya untuk pengangkutan mereka.


Sekitar jam 4 petang kami sampai di Tenom. Pertama kali menjejak kami ke Tenom ni. Pekan kecil sahaja tapi excited lain macam sebab thrill sangat nak sampai sini naik keretapi zaman penjajah lagi. Kami semua excited. Malam tu kami check in dekat motel sekitar pekan Tenom. Esoknya kami memulakan perjalanan ke Keningau menaiki teksi. Dari Keningau ke Putatan pula kami menaiki bas. Pengalaman baru yang amat berharga untuk anak-anak dapat menaiki keretapi dan juga bas untuk pertama kali.



Saya sebenarnya suka meneroka tempat baru. It's okay biarpon orang lain dah travel macam-macam negara, mulakan dengan langkah pertama anda. Pengalaman travel pasti tidak akan dilupakan. Start mengemas barang-barang dalam backpack anda dan travel lah secara backpacker. Happy travel!

Tuesday, July 4, 2017

Pemilihan Action Camera Yang Jimat dan Berbaloi Mengikut Bajet Anda.

Assalamualaikum.
Korang mesti dah biasa dengar pasal action camera kan. Sekarang ni berlambak di pasaran tak kira yang murah atau mahal. Sesuai dengan bajet dan citarasa pengguna gitu.

Jadi, saya pon dah terjebak sama. Saya memilih action camera yang paling jimat dan berbaloi-baloi la pada hemat saya haha. Korang ada bajet keras sikit tu bolehlah grab GoPro terus kan. Ok, yang ni action camera yang saya pilih untuk pertama kali mencuba.



GoGears F60R 4K WiFi action camera.

SPECIFICATIONS

General
Model: F60R
Type: Sports Camera
Chipset Name: Allwinner
Chipset: Allwinner V3
System requirements: Mac OS x 10.3.6 above,Win 7,Windows 2000 / XP / Vista

Storage
Max External Card Supported: TF 64G (not included)
Class Rating Requirements: Class 10 or Above

Display
Screen size: 2.0inch
Screen type: LCD

Power
Battery Type: Removable
Capacity: 900mAh
Charge way: USB charge by PC
Working Time: About 90 minutes at 1080P 30fps

Primary Info
Wide Angle: 170 degree wide angle
Camera Pixel : 16MP
ISO: Auto

Video/Image/Audio
Decode Format: H.264
Video format: MP4
Video Resolution: 1080P (1920 x 1080),2.7K ( 2688 x 1520 ),4K (3200 x 1800),720P (1280 x 720)
Video System: NTSC
Video Output : HDMI
Image Format : JPG
Audio System: Built-in microphone/speacker (AAC)
Exposure Compensation: +1,+2,+3,-1,-2,-3,0
White Balance Mode: Auto,Cloudy,Fluorescent,Incandescent,Sunny
Scene: Auto

Functions
WIFI: Yes
WiFi Function: Image Transmission,Remote Control,Settings,Sync and Sharing Albums
WiFi Distance : 10m
Waterproof: Yes
Water Resistant: 30m
Loop-cycle Recording : Yes
Loop-cycle Recording Time: 2min,3min,5min
HDMI Output: Yes
Delay Shutdown : Yes
Time Stamp: Yes
Interface Type: Micro HDMI,Micro USB,TF Card Slot
Language: English,French,German,Italian,Japanese,Korean,Polski,Portuguese,Russian,Simplified Chinese,Spanish,Traditional Chinese

Other
Operating Temp.: -10 - 55 centigrade degree

Dimension/Weight
Product weight: 0.060 kg
Package weight: 0.600 kg
Product size (L x W x H): 5.00 x 2.00 x 4.10 cm / 1.97 x 0.79 x 1.61 inches
Package size (L x W x H): 30.00 x 20.00 x 9.00 cm / 11.81 x 7.87 x 3.54 inches

Saya memilih action camera jenis ni sebab murah dan jimat. Review pon ok. Dan lagi saya berjaya dapatkan yang best deal in town price dia. Paling murah yang saya jumpa jual online.

Ok lah. Selamat memilih action camera masing-masing. Pastikan action camera yang anda pilih sesuai dengan bajet dan citarasa anda. Goodluck.

Sunday, February 5, 2017

Bukan Sekadar Novel Biasa-Biasa

Assalamualaikum,

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengupdate blog ni. Saya nak share sebuah novel melayu yang mungkin nampak biasa-biasa tapi pada saya sangat luar biasa. Novel tu bertajuk 13 Jam A380. Sebelum ni saya pernah dah baca intro novel tapi saya pun tidak pasti adakah terlupa meneruskan pembacaan atau ada sebab lain.

Novel ni mengisarkan cita-cita dan impian anak muda yang besar, hubungan kekeluargaan yang rapat, mencintai dan menghormati ibu ayah, persahabatan yang utuh, cinta kekasih buat kekasih, hubungan manusia sesama manusia dan yang paling penting adalah kebergantungan kepada Allah dalam mendidik sifat sabar dan redha dengan takdir yang berlaku.

Novel ini mungkin pada anda nampak biasa saja tapi percayalah sekali anda membacanya pasti anda akan kagum dan terbuka pemikiran dengan idea-idea yang digarap oleh penulis novel tersebut. Secara jujurnya, saya jarang dan belum pernah membaca novel melayu sebegini yang memberi impak dan kesan mendalam pada diri saya.

Jadi kawan-kawan yang belum pernah baca, luangkan sedikit masa membaca novel ini. Saya pasti ianya berbaloi dengan sedikit masa yang anda habiskan.

Happy reading!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...