1) 3 biji telur
2) Setengah tin susu pekat
3) 1 sudu makan tepung jagung
4) 1 sudu makan tepung kastard
5) 1 cawan air
6) Sedikit esen vanila
6) Sedikit esen vanila
Gula hangus.
1) 3 sudu makan gula
2) 3 sudu makan air
Cara-cara.
Cara-cara.
- Masukkan gula dan air dan masak sehingga pekat, berkilat dan bertukar menjadi gula hangus.
- Selepas gula hangus masak, cepat-cepat masukkan kedalam loyang 12inci. Sapu rata.
- Pukul telur sehingga sebati. Masukkan susu pekat, esen vanila, tepung jagung dan tepung kastard. Pukul sebati. Masukkan air dan kacau sebati.
- Masukkan adunan kedalam loyang berisi gula hangus.
- Panaskan periuk kukusan, selepas dah mendidih air baru masukkan.
- Masak dengan api yang sederhana selama 45minit - 1 jam.
- Keluarkan dari tempat mengukus. Sejukkan pada suhu bilik selama lebih kurang 30minit dan keatas.
- Masukkan dalam peti sejuk.
- Bila nak makan, masukkan dalam pinggan hidangan.
Selamat mencuba Resepi Puding Karamel Gula Hangus.
No comments:
Post a Comment