Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, August 5, 2017

Resepi Mudah Aiskrim Ala-Ala McFlurry Oreo.

Hai.

Siapa dekat sini suka aiskrim McFlurry Oreo?. Resepi yang saya nak kongsikan sangat mudah. Anda cuma perlu sediakan aiskrim perisa vanilla dan oreo crushed cookies. Saya tahu anda tak pernah terfikir resepi mudah ni. Oreo hancur boleh didapati di bakeri sekitar tempat anda. Dengan dua bahan mudah anda dapat menikmati aiskrim ala-ala McFlurry Oreo. Aiskrim vanilla tu terpulang pada anda pakai jenama mana. Saya suka aiskrim jenama King's.


Inilah aiskrim mudah dan simple versi saya. Cedok aiskrim masukkan dalam gelas yYang sesuai, tabur oreo hancur sesuka hati anda. Kalau nak lagi simple boleh beli dekat McD terus. Hehe. 


Selamat mencuba aiskrim simple tapi sedap ini.

Monday, January 12, 2015

Resepi Snow Cheese Cake

Hai kawan-kawan,

Hari ni saya buat snow cheese cake. Alasannya sebab dah lama tak buat, dan lagi saya memang hantu kek, lagi-lagi kek keju ni. Hehe. Jom kita tengok resepi snow cheese cake ni.


Mudahkan resepi dia. Sediakan bahan-bahan, masukkan semua dalam mixer dan putar sederhana, masukkan mentega, bakar dan letakkan topping. Tadaa siap!. Jika anda penggemar kek keju, anda mesti suka kek ini. Jadi apalagi, mulakan membuat kek anda dengan resepi mudah ini. Selamat mencuba!

Sunday, January 4, 2015

Resepi Choco Jar

Assalamualaikum,

Hari ini Saya ingin berkongsi resepi choco jar yang agak femes. Sangat simple. Semudah 1 2 3. Banyak org review sedap pakai coklat milk compound Beryl's.

Jom godek-godek, kot-kot la teringin nak buat. Boleh tanya jika tak jelas. Saya juga seperti anda, banyak lagi benda mau belajar kan.

Thursday, November 13, 2014

Resepi Puding Karamel Gula Hangus

Bahan-bahan.

1) 3 biji telur
2) Setengah tin susu pekat
3) 1 sudu makan tepung jagung
4) 1 sudu makan tepung kastard
5) 1 cawan air
6) Sedikit esen vanila

Gula hangus.

1) 3 sudu makan gula
2) 3 sudu makan air

Cara-cara.


  • Masukkan gula dan air dan masak sehingga pekat, berkilat dan bertukar menjadi gula hangus.
  • Selepas gula hangus masak, cepat-cepat masukkan kedalam loyang 12inci. Sapu rata.
  • Pukul telur sehingga sebati. Masukkan susu pekat, esen vanila, tepung jagung dan tepung kastard. Pukul sebati. Masukkan air dan kacau sebati.
  • Masukkan adunan kedalam loyang berisi gula hangus.
  • Panaskan periuk kukusan, selepas dah mendidih air baru masukkan.
  • Masak dengan api yang sederhana selama 45minit - 1 jam.
  • Keluarkan dari tempat mengukus. Sejukkan pada suhu bilik selama lebih kurang 30minit dan keatas.
  • Masukkan dalam peti sejuk.
  • Bila nak makan, masukkan dalam pinggan hidangan.

Selamat mencuba Resepi Puding Karamel Gula Hangus.



Sunday, November 2, 2014

Resepi Jagung Manis

Assalamualaikum. Siapa di sini suka jagung manis?, hehe. Saya suka makan jagung manis tapi tak pernah terfikir nak buat sendiri. Jadi bila encik suami beli jagung, dah buat cekodok jagung tiba-tiba datang idea nak cuba buat jagung manis. Resepinya sangat mudah, sesiapa pun boleh buat. Anyone can cook. Sesiapa yang teringin nak buat, boleh la cuba resepi ni.


RESEPI JAGUNG MANIS CUP.

  • Jagung
  • Majerin
  • Susu pekat
  • Gula
  • Garam

Cara-cara.

  1. Leraikan isi jagung satu persatu, kukus seempuk yang boleh.
  2. Letakkan dalam bekas, masukkan majerin, susu pekat, gula dan garam secukup rasa.
  3. Gaul kesemuanya.
  4. Masukkan dalam cup dan siap.



SMS/whatsapp saya 0145127816 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee. Hehe

Thursday, October 23, 2014

Aku dan Jus Avocado

Assalamualaikum. Entry ni pasal minuman kegemaran saya. Dulu zaman bujang selalu la pi Pantai Tanjung Aru layan jus ni, tak pernah pilih pun jus lain. Dan sekarang setiap kali balik Sabah mesti layan jus ni, hidup saya macam tak lengkap tanpa meminum jus ni. Di semenanjung saya tak pernah jumpa jus ni dijual di mana-mana restoren ataupun warung. Dan buah avocado pun saya tak pernah jumpa di semenanjung. Jadi balik Kulim nanti saya ingat nak tapaw banyak-banyak ni buah bawak balik sana. Haha. 




Resepi Avocado yogurt Meal Shakes

Buah avocado secukupnya
Yogurt asli
2 sudu besar Meal Shakes
Air dan ais secukupnya

*Blender semua sekali dan tadaaa siappp! NYUM NYUM!

Friday, October 17, 2014

Resepi Cheesekut Kopi

BAHAN-BAHAN.

Creamcheese Tatura 250gm
Susu Pekat Manis 1/2 tin
Biskut Hup Seng Deluxe
Susu dutch lady Full cream/low fat
Sedikit kopi

CARA-CARA.

1) Pukul creamcheese sehingga kembang. Anggaran 3-5 minit. Boleh pakai mixer ataupun blender.
2) Masukkan susu pekat manis 1/2 tin. Pukul lagi. 
3) Masukkan susu dutch lady full cream/low fat dalam anggaran 2-3 sudu supaya adunan tidak terlalu pekat. Pukul lagi.
4) Celup biskut hup seng di dalam susu full cream/low fat dutch lady dalam sesaat dan susun di dalam bekas. Susunan ikut kreativiti anda, nak bagi rapat atau jarak-jarak
5) Tuang adunan creamcheese tadi ke dalam bekas yg berisi biskut. Ulang step 4 dan 5.
6) Layer paling atas tuang adunan creamcheese setebal yg anda mahu. Taburkan kopi. Boleh juga tabur milo/horlick/vico/nestum. Ikut citarasa masing-masing. 
7) Simpan dalam fridge semalaman. 


Cheesekut Kopi


SELAMAT MENCUBA RESEPI CHEESEKUT.
 SIMPLE DAN SEDAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...