Showing posts with label Kepentingan Takaful. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Takaful. Show all posts

Sunday, August 6, 2017

Keperluan Hibah Takaful Untuk Keluarga Kesayangan Anda.

Assalamualaikum,

Harini saya nak bercerita lagi mengenai hibah takaful. Saya suka mengingatkan betapa pentingnya suami sebagai ketua keluarga mengambil hibah takaful. Hibah takaful bukanlah satu kewajipan tetapi ianya telah menjadi satu keperluan masa kini.

Di great eastern takaful, kami menyediakan berbagai polisi berkenaan hibah. Antaranya polisi Damai dan Mega. Semua polisi takaful kita boleh hibahkan. Cuma banyak mana kita nak hibah tu bergantung dengan jenis polisi yang kita pilih dan nilai caruman kita setiap bulan.

Dengan polisi i-Great Damai 2.0, hibah takaful bermula dengan RM100/sebulan. Dan nilai pampasan mati yang kita boleh hibahkan bergantung kepada jenis kerja kita sekarang, umur, jantina dan status merokok. Lagi berisiko kerja kita, lagi rendahlah pampasan kita nanti. Polisi damai sangat mampu milik dan memudahkan semua golongan untuk membuat hibah takaful.


Polisi i-Great Mega pula menawarkan pampasan mati yang agak tinggi iaitu sebanyak RM500,000. Tempoh bayaran kita boleh pilih selama 10 tahun atau 20 tahun dan perlindungan kita dapat selama 30 tahun. Idea untuk polisi mega ni ibarat kita menyimpan duit dengan takaful dan mendapat perlindungan yang tinggi. Sebab kalau kita buat saving di tabung haji, ASB atau mana-mana bank, kita tidak dapat perlindungan hayat RM500,000 ni. Bahkan kita tidak dilindungi langsung.

Antara polisi Damai dan Mega, dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Pemilihan anda haruslah berdasarkan keperluan yang anda rasakan sesuai dengan keluarga anda dan nilai caruman yang sesuai dengan bajet kewangan anda sekarang.
Whatsapp saya untuk quotation lengkap atau lengkapkan data dekat quotation diruangan atas.

Atiqah,
011-3523 0709,
Your Trusted Financial Advisor.

Wednesday, August 2, 2017

Hibah RM1,000,000 Untuk Keluarga Kesayangan Anda.

Hai.

Bercakap pasal HIBAH, masih ada yang belum faham tak apa hibah ni, macam mana hibah berfungsi.

Apa itu HIBAH.

Pengertian hibah menurut Islam adalah suatu pemberian seseorang kepada orang lain atau pihak tertentu dan pembahagian hibah tersebut dilakukan sewaktu pemberi masih hidup. Pemberian hibah tersebut dilakukan oleh pemilik harta sesuai dengan keinginannya dan tidak menimbulkan protes dari keluarga yang tidak mendapatkan hibah. Pemilik harta atau kekayaan berhak memberikan kekayaannya kepada siapapun sekalipun tidak ada pertalian darah diantara pemberi hibah dengan yang diberi hibah.

Jelas bukan?.


Kempen hibah RM1,000,000 ini adalah dari pelan i-Great Mega. Dengan caruman bulanan selama 10 atau 20tahun, kita dapat mewariskan sejumlah RM1,000,000 kepada keluarga kita.


Jadi sebaiknya kita sediakanlah hibah untuk isteri dan anak-anak, takut umur kita tak panjang dan dengan melalui hibahlah cara paling mudah dan senang kita boleh salurkan wang kita. Terus dapat kepada isteri atau orang yang kita hibahkan. Sedikit sebanyak kita boleh meringankan beban isteri dan keluarga selepas ketiadaan kita nanti.

Pm saya untuk dapatkan quotation HIBAH paling best dari takaful Great Eastern.

Atiqah,
011-3523 0709. 

Wednesday, December 28, 2016

Claim Yang Telah Dibayar Oleh Great Eastern Kepada Klien

Tahukah anda, Great Eastern telah membayar sejumlah RM746.9 million tuntutan pada tahun 2014 kepada peserta-peserta yang mencarum dengan Great Eastern. Dan sejumlah RM859.4 million pada tahun 2015. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM112.5 million. 





Sumber kewangan yang kukuh, syarikat yang stabil dan dana yang besar menjadikan tuntutan-tuntutan mampu dijayakan oleh Great Eastern. Jadi jangan bertangguh lagi, segeralah dapatkan perlindungan takaful dari Great Eastern Takaful hari ini. 

Atiqah,
011-3523 0709,
Perunding Kewangan,
Great Eastern Takaful Berhad.





Tuesday, December 27, 2016

Pentingnya Perlindungan Takaful Kepada Anda Dan Keluarga Tersayang.


Kita selalu dengar orang kata takaful ni penting, takaful tu penting, ambil segera, jangan tangguh lagi. Biasa dengar kan. Tapi kita tahu tak apa kepentingan takaful untuk kita dan keluarga kita?.Mesti ramai yang tak tahu dan tak cakna manfaat-manfaat yang takaful tawarkan kepada kita. Ini adalah idea-idea kepentingan takaful yang kita patut tahu.


1) Jika anda sakit, anda boleh guna medical card dari takaful, walk-in saja mana-mana hospital swasta dan anda bakal mendapat rawatan segera. Sedikit sebanyak anda tidak akan menyusahkan ahli keluarga, kawan-kawan, jiran tetangga anda dengan meminjam duit untuk membuat rawatan segera di hospital kelak. Mudah bukan.

2) Jika anda meninggal dunia dan polisi takaful anda telah bermula, anda bakal meninggalkan sejumlah wang yang mana wang tersebut boleh diguna pakai membayar hutang-hutang anda jika ada seperti hutang rumah dan kereta. Dan juga duit tersebut boleh digunakan untuk kelangsungan hidup isteri dan anak-anak anda sebagai duit belanja dapur dan pendidikan anak-anak anda.

3) Jika anda ditakdirkan lumpuh kekal, anda tidak dapat menyumpang tenaga dan apa-apa lagi kepada keluarga anda, jadi dengan duit pampasan yang anda dapat, anda boleh membantu keluarga sedikit sebanyak tanpa rasa sudah tidak berguna lagi.

4) Kalau anda ditakdirkan kemalangan, anda bakal mendapat sejumlah wang yang mana boleh digunakan sementara menunggu anda sembuh dan boleh bekerja seperti sediakala.

5) Kalau semua 4 point yg saya sebutkan tadi tidak berlaku atau belum berlaku kepada anda, anda mempunyai sejumlah wang dalam akaun simpanan takaful anda. Jangan ingat polisi takaful tiada duit simpanan. Anda boleh keluarkan pada bila-bila masa dengan syarat ada sejumlah minimum dalam akaun anda tersebut.

Jadi, penting tidak takaful ni?. Mestilah penting. Sebabtu saya share kepentingan takaful kepada anda.

Sekian, ikhlas dari saya,

Atiqah,
011-3523 0709,
Perunding Great Eastern Takaful.


Monday, December 26, 2016

Kerjaya Bersama Great Eastern Takaful

Sedar tak sedar, sudah 8 bulan saya menjadi ejen Great Eastern Takaful.Tak pernah terfikir akan menjadi ejen Great Eastern Takaful sebenarnya, hehe.


Kenapa saya memilih Great Eastern?. Great Eastern adalah sebuah syarikat swasta yang kukuh yang sudah lama bertapak semenjak tahun 1908 lagi. Disamping itu, Great Eastern mempunyai sumber dana yang paling besar diantara syarikat insurans/takaful yang lain. Jadi tiada timbul isu keraguan dan tidak yakin pada saya dari segi kewangan dan kestabilan syarikat.



Kenapa saya memilih menjadi ejen Great Eastern Takaful?. Great Eastern Takaful mendapat 70% dana dari Great Eastern sendiri dan 30% adalah dari Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad(KATMB). Sumber kewangan yang kukuh adalah punca utama kenapa saya memilih menjadi sebahagian dari Great Eastern Takaful. Lagipun, pelbagai manfaat yang ditawarkan apabila menjadi ejen Great Eastern Takaful.



Kawan-kawan yang berminat nak jadi ejen Great Eastern Takaful boleh call saya direct atau whatsapp saya segera. 

Atiqah,
011-3523 0709,
Perunding Great EasternTakaful.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...