Sunday, January 1, 2017

Selamat Datang 2017

Assalamualaikum pembaca yang positif,

Tahun 2016 telah pun melabuhkan tirainya. Selamat datang tahun 2017. Syukur masih dipanjangkan umur untuk melakukan apa sahaja impian kita, untuk mengejar cita-cita yang tertunda. Impian tahun 2016 semua tercapai tak?. Atau semua tak tercapai?. Hahaha(gelak jahat). Lupakan masa yang dah berlalu pergi. Untuk tahun 2017 ni, kita boleh list 101 impian atau 1001 impian yang kita nak capai.


Beli satu buku yang menarik, namakan sebagai 101 impian 2017. Buat list spesifik, letak siap-siap bulan berapa nak capai impian tersebut. Pakailah pen warna-warni supaya menarik di mata anda. Nanti bila dah tercapai impian tu, boleh tick letak tarikh bila impian tu terlaksana. Mudah kan?.

Dan juga, jadikan planner sebagai buku wajib anda setiap hari. Pastikan korang ada planner 2017. Senang nak urus masa korang nanti. Nak jumpa klien pada tarikh sekian-sekian, nak update blog bila, nak attend majlis itu ini. Memang mudah kalo ada diary planner.



Jom sama-sama buat dua benda ni, buku 101 impian 2017 dan jadikan 2017 diary planner buku wajib anda setiap hari. Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...