Pages

Wednesday, February 11, 2015

Mudahnya Bercuti di Langkawi dengan Bajet yang Terhad.

Assalamualaikum,

Sebenarnya usul percutian ke Langkawi sudah lama diketengahkan. Cuma kami mencari masa-masa yang sesuai untuk dilaksanakan. Bulan Disember haritu tak begitu sesuai sebab masa tu adalah cuti panjang, jadi potensi ibu bapa membawa anak-anak bercuti adalah amat tinggi. Dan lagi kami dah balik bercuti selama sebulan di Kota Kinabalu bulan Oktober sebelum tu.

Jadi, bulan lepas kami decide nak pergi Langkawi. Kami dah habis google tips-tips percutian bajet ke Langkawi yang orang lain pernah buat. Pendek kata, minyak kereta, tambang feri, makanan dan minuman, penginapan dan aktiviti yang akan dilakukan semua dah difikirkan dan dibuat kira-kira.

Pagi tu kami terlambat sedikit dari jadual. Perjalanan dari Kulim, naik lebuhraya, turun pi Alor Setar dan terus ke Kuala Perlis. Sampai-sampai terus beli tiket feri pukul 12. Kereta kami tinggalkan dekat sepupu, minta dia tolong jagakan. Pukul 12.15 macamtu baru feri bergerak. Rasa seronok dapat tengok dan bau air laut. Fuhh, saya memang orang bajau laut. 

Air laut yang sentiasa menggoda

Sampai langkawi dalam pukul 1.20 cmtu. Kami turun feri di Jeti Kuah. Di situ kami ambil skuter dengan kadar bayaran rm30/hari. Sewa dua hari + deposit rm110. Abang sewa skuter tu bagi kami peta penuh Pulau Langkawi. Peta dekat bawah ni memang siap-siap save dalam fon sebelum bercuti lagi. Lol.

Peta Pulau Langkawi

Siap ambil skuter kami bergerak terus ke Pantai Cenang. Agak jauh jugak la naik skuter. Nasib baek kami siap bawak topi dan cermin mata masing-masing. Lagipun kami backpackers. Menyewa skuter adalah pilihan terbaik untuk kami, lagipun takkan nak sia-siakan view yang menarik dengan menaiki kereta?. Hihi. Disitu kami dah save banyak.

Di Pantai Cenang, kami terus ke Amzar Hotel. Rupa-rupanya chalet murah dengan harga rm35 dan rm45 dah penuh. Untuk pengetahuan semua, chalet ini tidak boleh book, kena walk in. Kalo ada kira nasiblah. Penat mencari, kami berhenti lunch dulu. Lepas tu, kami sambung mencari bilik/chalet yang bersesuaian dengan bajet kami. Rata-rata rm100/hari keatas, lagipun hari tu hari ahad. Masih ramai lagi pelancong.

Akhirnya kami jumpa bilik di Amani Guest House, mulanya dia bagi bilik rm75. Tanya punya tanya rupanya ada bilik rm40 tapi tengah dibersihkan. Kami kata takpa, kami boleh tunggu. Lepastu kami keluar ronda-ronda sekitar Pantai Cenang sambil cuci mata tengok laut dan ragam manusia yang pelbagai bangsa.

....bersambung...

No comments:

Post a Comment