Pages

Tuesday, June 9, 2026

Khemah VIDALIDO CABIN XL Plus Dah Sampai

Alhamdulillah Khemah Vidalido CABIN XL Plus yang sis beli sempena Sale 6.6 di Shopee haritu akhirnya sudah sampai di tangan. Tapi untuk kali ini, sis tak boleh terus buat unboxing dan setup sebab sekarang musim hujan dan sis perlukan kawasan sesuai yang luas, lapang dan kering untuk setup dengan lebih selesa.




Saiz dalaman khemah ni ukuran dia 2.7m x 2.7m ketinggian 1.9m, jadi masih sesuai untuk korang berdiri di dalam khemah nanti. Untuk khemah saiz besar macam ini, sis tak nak buat unboxing secara tergesa-gesa sebabnya,

Perlukan ruang lapang untuk setup frame
Nak elak khemah basah atau kotor sebelum digunakan
Nak pastikan setup dibuat dengan betul dari awal
Cuaca sekarang tidak mengizinkan (hujan tak menentu)

Jadi lebih baik sis tunggu hari dan masa yang bersesuaian. Hehe

Secara jujurnya, sis rasa excited sangat khemah idaman dah sampai, memang rasa tak sabar nak cuba. Bila tengok kotak Vidalido CABIN XL Plus ni, memang dah boleh bayangkan, 

Camping dengan family yang selesa
Ruang luas dalam khemah
Setup macam mini cabin glamping

InsyaAllah bila cuaca dah okay, sis akan share ye,

✔ Video unboxing penuh Vidalido CABIN XL Plus
✔ Setup step-by-step
✔ First camping test
✔ Review jujur (tahan hujan atau tidak)

Kalau ada yang tengah cari khemah family besar macam ini, sis sertakan link untuk semakan di Shopee (harga & stok mungkin berubah ikut masa), Khemah VIDALIDO XL Plus. Oh ya tidak lupa juga groundsheet untuk tent ni, Groundsheet Vidalido CABIN XL Plus.

Stay tuned untuk next update ye korang 👍

Hiking Gunung Keriang Dengan Anak-anak

Assalamualaikum.

Rasanya dah 8 tahun sis meninggalkan dunia blogger ni. Rupanya dari tahun 2022 posting ni dalam draft baru ada kesempatan nak update blog. Sis jwanji akan update selalu lepas ni. Haha

Ok. Berbalik kepada tajuk, 27/9/2022 kami sekeluarga hiking di Gunung Keriang. Ini adalah kali pertama kami hiking sekeluarga. Selama ni ada juga rasa nak terlibat dengan dunia hiking tapi idea tu terkubur macam tu je.

2 minggu lepas suami tiba-tiba ajak. Sayang, jom hiking Gunung Baling. Sis terkejut sebab kami mana pernah hiking anak beranak. So sis google punya google, rupanya hiking di Gunung Baling kena ada guide lepastu berbayar, tinggi jugalah untuk nubis macam kami.

Google punya google sis cakap jom kita hiking di Gunung Keriang, terus sis sogok info dekat dia. Lepastu hiking, abg boleh pergi solat jumaat, then kita singgah Muzium Padi, lepastu boleh pergi Pusat Sains Wilayah Utara, cadangan sis pada suami.

Long story short.

Hari untuk hiking dah tiba. Anak-anak excited dorang bangun bertiga sarapan sendiri. Ibu bangun tengok dorang tengah makan roti canai cicah susu pekat 😆

Pukul 8.30 pagi kami gerak dari Kulim. Sampai area Alor Setar dalam pukul 10.20 pagi, suami ajak sarapan dulu. Setel sarapan pukul 10.40 terus gerak ke kaki Gunung Keriang.

Sampai dekat signage kaki Gunung Keriang pukul 11.03, kami bergambar dulu. Lepastu terus mendaki. Sepanjang pendakian laluan berbatu dan agak curam, ada juga laluan berbatu tapi agak landai dan biasa. Suami gendong Ufayr yang berusia 2 tahun 5 bulan.

Semasa mendaki naik ramai pendaki yang telah mendaki turun disebabkan sudah pukul 11 lebih ketika itu. Advantage kami mendaki lambat, laluan tak ada manusia kecuali kami terserempak dengan pendaki yang tengah turun. Untuk pendaki kali pertama macam kami, laluan agak adventure juga. Disebabkan sis ibu beranak 3 terasa jugalah kemengahan sewaktu pendakian.

Akhirnya kami berjaya sampai ke puncak Gunung Keriang yang ada pondok wakaf. Rehat di atas selama 20 minit setelah puas mengambil gambar panorama sekeliling. Dapat juga kami bergambar berlima dengan meminta pertolongan adik-adik yang tengah santai-santai dekat atas puncak.

Antara gambar-gambar yang diambil, cantik gila view dia. Korang kena hiking sini hehe.





Sampai jumpa lagi korang.